...








photography artwork tutorial tips

Friday, December 3, 2010

Artwork: Al-Quran Cover Design

Hari cuti ni, rezeki aku agak murah sebab banyak job2 design aku dapat dan kebanyakkannye design2 yang agak extreme bagi aku. Design extreme tu macam mana? Contohnya macam kat atas ni la. Design yang memerlukan kita untuk berfikir diluar kotak. Aku dapat job ni dalam beberapa hari lepas dari saudara aku sendiri. Due date memang kejap gila la. Memang tak tidur malam la dibuatnya. Tapi apa yang mudahnya pasal design ni ialah kulit depan dan belakang yang sama. Design dia pon bukannya jenis yang tradisional macam Quran2 lama tu. So tak la pecah kepala sangat. Konsep yang aku gunakan kat sini adalah "moden dan juga exclusive". So korang nampak tak macam exclusive ? Haha.

Ooo, lupa pulak nak bagi tahu. Design2 ni semua adalah untuk satu badan NGO yang diberi nama "Aqsa Syarif". Yang mana badan kebajikan ni bertanggungjawab menyebarkan maklumat, memberi bantuan kemanusiaan,bantuan kewangan dan juga kerjasama. Misi utama mereka ni adalah untuk mengembalikan hak rakyat Palestin dan Ummah. Oleh sebab itu aku rasa amat berbesar hati dapat menyumbangkan sedikit kepakaran aku untuk badan NGO ni. (Siapa yang nak memberikan sumbangan untuk Aqsa Syarif ni pon boleh).

Last sekali aku nak ucapkan juga jutaan terima kasih untuk kakak comel ni ( Kak Lina :P ) sebab dia banyak tolong aku mendesign. Sanggup tu dia tolong carikan bahan2 untuk aku. Hihi. You the best la kakak.

Arrr, aku ada buat 2 design. So jom tengok lagi satu......

(klik gambar untuk lebih jelas)

Haa, tu je la 2 design yang sempat aku buat, memang susah la nak cari rujukan kat internet pasal tak banyak orang mendesign cover al-quran ni. Ni je la idea yang bermain kat fikiran aku. So nak mintak korang judge lagi la ye. Boleh kan. Hari tu dah mintak korang judge untuk Projek Emas. Macam2 bintang korang kasi kan. Siap ada yang bagi terlebih bintang lagi tu. hihi. Terima kasih la ye yang sudi komen tu.

Ok lah, korang rasa design kali ni korang nak bagi berapa bintang daripada 10 bintang? Jujur arr

p/s: Tak sempat2 lagi nak buat tutorial photoshop baru...

blog comments powered by Disqus
Page copy protected against web site content infringement by Copyscape
Blog Widget by LinkWithin