Salam semua, sihat tak? Kalau tak sihat sila lah makan ubat ye. Hari ni aku nak "show off" kan koleksi gambar2 aku yang dah lama terperap dalam hard disk aku. Dah lama rasanya aku tak post gambar2 yang aku shoot. Gambar2 ni aku shoot waktu mengikuti kursus fotografi kat Unikl MIAT sebelum aku final hari tu. Lama la jugak tu kan. Dekat 3 bulan jugak la gambar2 ni tak berusik. Hari ni baru terasa nak godek2 gambar ni. haha!
Sekarang ni aku dah mula kurang minat gambar2 original yang terhasil dari kamera. Aku mesti nak edit dulu gambar tu sebelum publish kat mana2. Tak tau lah kenapa. Mungkin dah jadi habit kot. Aku edit bukan bermakna gambar yang aku tangkap tak jadi atau tak cantik (erkk..cantik ke aku tangkap?), cuma nak naikkan lagi seri gambar tu je. Kasi ada mood tersendiri pada gambar tu.
Aku tengok kebanyakan photographer professional kat luar sana pun dah jarang tunjukkan gambar original. Mostly diorang edit dulu gambar tu walaupun sikit je yang diorang touch up. Korang perasan tak semua tu? ke korang ni just tengok2 camtu je? Disebab benda ni lah aku pon terikot2 nak edit dulu gambar sebelum dipublishkan. hihi.
Untuk gambar kali ni. Aku sebenarnya main hentam je edit. Saja nak cuba black and white pada gambar. Sebab aku jarang gunakan black and white ni. So apa kata korang tengok lagi gambar2 lain yang aku edit...
Amacam. Ada gaya pro tak? haha ( Poyo la budak ni! ). Kepada sesiapa blogger yang aktif fotografi ni ajak2 la aku keluar pergi photoshoot dengan korang. Nak jugak belajar tangkap2 gambar. Cuti2 ni boring jugak tak buat pape. Kepada gadis comel dan cun di luarsana yang nak photoshoot, jemput la aku ni jadi photographer korang ye. Haha (Sempat promot lagi ni). Ok lah, harap korang enjoy dengan gambar2 tu semua
p/s: Bilalah agaknya gambar2 aku boleh jadi sehebat kukubesi yek....