...








Monday, January 10, 2011

Artwork: Flyers Design & Thank You to My Follower

(flyers depan dan belakang)

size: A4
medium: Photoshop
duration: berhari-hari

Setelah seminggu aku perah idea, akhirnya flyers ni berjaya jugak aku siapkan untuk client aku. Agak mencabar jugak sebab aku terpaksa memikirkan susun atur dan macam mana nak buatkan flyers ni nampak lebih attractive. Kalau nak ikutkan color la yang memainkan peranan penting dalam satu2 design flyers tu. So aku cuba gunakan warna yang terang supaya dari jauh dah boleh nampak. Bila dah penat berhempas pulas memerah idea tu. Ni la yang terhasil.

Jom tengok pulak macam mana design dalam dia...


(flyers dalam)

Itu lah dia design yang berjaya aku buat. Nak meletop kepala kot design benda2 macam ni. Yelah, flyer ni boleh dikatakan medium penting jugak la untuk satu2 business tu. Kalau design main2, macam mana nak tarik pelanggan kan. Tapi aku bangga juga sebab dapat jadikan design ni nampak lebih menarik. Cuba korang tengok flyers yang dia bagi untuk rujukan (klik sini). Korang rasa mana yang lagi ok? Design ni ke, design rujukan tu? hihi.

Hari ni jugak aku dapat 1 lagi perkhabaran gembira. Follower aku dah cecah 2000 tu. Yeayyyy!!! Thanks kepada semua yang sudi follow blog ni. Dapat jugak aku print screen follower yang ke 2000. Selalunya sebelum ni memang tak sempat la nak print screen. Mesti terlajak sikit jumlah follower tu. haha. Malangnya follower ke 2000 tu takde tinggalkan link blog dia pulak kat situ. Ala, tak dapat nak review sikit. hihi. Sekali lagi thank you very much rakan2. Sebab korang follow dengan rela hati.


p/s: Alamak, esok dah start kelas la... baju tak gosok lagi ni.

blog comments powered by Disqus
Blog Widget by LinkWithin