...








Thursday, January 6, 2011

ShoutBox Ibarat Nadi pada Blog ?

Haaa, hari ni tiba2 aku terasa nak cerita pasal shout box la. Kenapa pulak dengan shout box? Takde apa2 pon saja nak buat ulasan sikit. Sebab aku terfikir, kenapa ada blogger yang tak taruk shoutbox. Mesti ada sebab. Ingat tak dulu aku pernah buat ulasan pasal lagu dalam blog. Haa, kali ni aku nak ulas pasal shoutbox pulak. Apa kebaikan yang korang boleh dapat dari shoutbox ni. Sebab ada orang kata shoutbox ni banyak datangkan keburukan dari kebaikan. betul ke?

Ok lah, sebelum aku buat ulasan aku sendiri kan. Kat sini aku tunjukkan jugak apa kebaikan dan keburukan yang aku nampak dari kaca mata aku sendiri bila korang tarok widget shoutbox ni. Haa, ingat takde keburukan ke. Setiap benda yang baik mesti ada buruknya jugak.

jom kita tengok sikit kebaikan dan keburukan...

KEBAIKAN
  1. Mudah untuk meninggalkan jejak.
  2. Jika sistem komen pada blog gagal berfungsi, shoutbox boleh digantikan sebagai tempat komen.
  3. Salah satu cara promosi entry terbaru pada blog kita
  4. Nak sampaikan pesanan mudah
  5. Tempat berborak sesama blogger lain
  6. Tempat bertanyakan soalan2 ringkas.
  7. Cara nak mengenal blog blogger2 lain.
  8. Widget yang dapat ceriakan blog
KEBURUKAN
  1. Curi identiti orang lain semata2 nak burukkan orang tu.
  2. Blogwalking dengan menggunakan link iklan semata2 nak untung lagi cepat. Agak2 berkat ke duit yang korang dapat tu?
  3. Orang datang sekadar nak mengejar trafik, tak nak baca pon entry
  4. Terlalu banyak Spamming
  5. Boleh berlaku pertengkaran dalam shoutbox

Haa, tu la dia antara kebaikan dan keburukan yang aku nampak.

Ok, Pada pandangan aku pulak kan. Shoutbox ni ibarat nadi kepada blog. Dalam contoh ni, aku merujuk pada blog aku sendiri la. Kalau takde shoutbox ni, rasanya blog ni confirm akan jadi suram je. Takde pon suasana beramah mesra. hihi. Shoutbox jugak la tempat aku dapat kenal blogger2 yang selalu melawat aku. Dalam masa yang sama, aku pon dapat jumpe blog2 baru yang menarik. Cuba bayangkan kalau la widget shoutbox ni tak pernah tercipta, macam mana agaknya orang nak kenal blog kita. Mesti susahkan. Tahun lepas waktu aku nak diinterview berita harian. Dekat shoutbox ni la dia tinggalkan pesanan. Agak2nya, kalau aku tak pakai shoutbox ni, mesti aku tak dapat masuk berita harian. Hihi.

Tapikan, cuba korang tengok, kenapa blogger2 hebat macam Ben Ashaari, Irine Nadia, Hanis Zalikha tak pakai shoutbox ni. Korang perasan tak? Haa, adalah beberapa sebab yang aku jumpa. Antaranya, post blog mereka dah cukup menarik untuk tarik trafik. Mereka dah ada aura tersendiri. Tak payah nak gunakan shoutbox untuk tarik trafik. Tapi cuba bayangkan, blog kita yang baru nak up ni. Kalau takde shoutbox mesti jatuhkan trafik kita. Nak maintainkan kena la update hari2. Tapi kalau aku, memang tak mampu la nak update hari2.

So, secara conclusion-nya, aku rasa shoutbox ni boleh dikatakan penting bagi blog aku. Blog aku ni masih lagi tak boleh berdiri sendiri. Mesti nak kena ada shoutbox jugak. Baru lah lengkap rasanya. Walaupun ada banyak spam. Tapi aku boleh delete benda tu. Kan aku ada password shoutbox aku. Apa susah. Korang pulak rasa macam mana? Penting ke shoutbox yang ada kat blog korang tu atau shout box tu lagi banyak datangkan masalah? Jom la berkongsi pandangan.


blog comments powered by Disqus
Blog Widget by LinkWithin