...








Thursday, October 27, 2011

Photography: Jenis-jenis Lens DSLR

Salam semua reader, lama rasanya tak mencurahkan idea kat blog ni. Setiap kali nak update je mesti ada halangan yang datang. Haishh. Tapi hari ni, berjaya jugak aku update. Hari ni aku akan berkongsi serba sedikit ilmu berkaitan photography. Kalau dulu kita dah belajar mengenai Aperture, ISO dan juga Shutter Speed. Hari ni kita nak belajar mengenai lensa2 yang boleh diguna pakai pada DSLR.

Rasanya kita semua tahukan yang lens ni merupakan salah 1 aksesori utama dan terpenting untuk pengguna DSLR. Takde lens memang tak boleh nak tangkap gambar la kan. Kalau kita tengok kat pasaran sekarang. Ada bermacam2 jenis lensa ditawarkan dan setiap lensa mempunyai specialty nya masing2. Kalau dari segi harga pula, kita boleh jumpa dipasaran lensa yang harganya serendah RM300 sehinggalah ada yang mencecah Ratusan ribu ringgit. Gila mahalkan. Dah boleh beli kereta sebijik. Tapi hari ni kita taknak bincangkan pasal harga, tapi kita nak tengok apa kegunaan setiap jenis lensa ni...

Thursday, October 6, 2011

Steve Jobs 1955-2011 [Infographic]

Hari ini dunia telah kehilangan seorang insan yang telah banyak memberikan impak pada dunia teknologi. Seorang insan yang berfikiran besar dan dikatakan sebagai "The Modern Einstein" kerana mempunyai tahap kreativiti yang sangat tinggi, daya kepimpinan yang amat2 luar biasa dan memberi banyak inspirasi kepada ramai orang kat luar sana. 

Kalau lah Apple tak pernah wujud, mungkin dunia teknologi pada hari ini tak sama macam sekarang. Takde lah wujudnya smartphone2 hebat macam Samsung Galaxy S2, HTC Sensation, Motorola Droid Bionic dan mungkin takkan munculnya tablet2 canggih seperti Samsung Galaxy Tab 10.1, Asus Eee Pad Transfomer, Blackberry Playbook dan macam2 lagi. Thanks to Apple product yang diilhamkan oleh Steve Jobs, sebab menjadikan company2 yang lain lebih berdaya saing dengan lebih hebat antara 1 sama lain. 

The History Of Apple & Steve Jobs (Infographic)

P/s: Korang yang pakai produk Apple mesti terasa kehilangan Steve Jobs ni kan. Walaupun Steve Jobs dah takde, tak bermakna Apple akan jatuh. Sebab tu la Apple mewujudkan Apple University untuk melatih orang2 baru supaya mampu memberikan idea2 hebat dan berfikiran seperti Steve Jobs. 

Bila Haiwan Tersenyum Riang


Kadang2 bila kita rasa sedih mesti kita cari sesuatu untuk menghiburkan hati kita atau melupakan sesuatu benda tu. Betul tak. Contohnya, tengok movie ke, pergi karaoke ke, baca buku ke. Macam2 lagi kan. Tapi kita selalu terlupa sebenarnya benda2 disekeliling kita sendiri boleh menghiburkan hati kita. Contohnya haiwan. Sifat haiwan hampir serupa dengan manusia. Cuma haiwan tak dikurniakan akal untuk berfikiran sehebat kita. Percaya tak percaya haiwan pon boleh buat kita tersenyum dan kadang2 tu boleh gelak guling2 la.

Tak percaya tengok la gambar kat bawah ni ....

Blog Widget by LinkWithin