...








photography artwork tutorial tips
Showing posts with label photoshop. Show all posts
Showing posts with label photoshop. Show all posts

Wednesday, June 22, 2011

Photoshop: Out Of Bounds Effect

Salam semua, lama tak jumpakan. haha. Maklumlah, dah seminggu blog ni tak berupdate. Kebelakangan ni aku memang agak sibuk dengan kerja2 luar ni. Selalunya pukul 12 atau 1 pagi baru aku nalik rumah. Jadi masa nak update blog tu terbatas la.

Tapi takpe, hari ni aku akan sajikan korang dengan tutorial baru. Haaa, suka tak? Aku tau ramai dah tertunggu2 tu kan. haha. Hari ni apa yang aku nak ajar korang adalah "Tutorial Out Of Bounds". Out of bound ni ibarat gambar korang keluar daripada kertas gambar tu. Erkk betul ke bahasa aku ni. Ahh takpelah, tapi korang dapat lah kan apa idea aku nak cakap ni. Dia ibarat menjadikan gambar korang tu seolah2 3 Dimension.

Tutorial ni agak panjang jugak sebab aku terpaksa elaborate satu2, takut nanti ada pulak beginner yang tak faham kan. Yang dah expert tu confirm takde masalah la. Ok, tanpa melengahkan masa lagi. Jom kita mulakan.

Monday, April 25, 2011

Photoshop: Cara Penggunaan Photoshop Actions

Assalamualaikum . Hai geng2 blogger semua. Ingat tak hari tu aku ada post pasal Tips Membuat Design Yang Cantik ? Tak ingat ke ? Cuba korang try tengok balik post tu. Dalam post tu aku ada bagi tau yang penggunaan Photoshop action script boleh membantu korang untuk menghasilkan design yang cantik. Tapi masalahnya ramai lagi yang tak tau apa bendanya Photoshop Action Script ni ?
Ok, ni aku nak jelaskan kat korang. Photoshop Actions ni merupakan benda yang boleh merekod setiap effect yang korang buat pada photoshop. Maknanya bila korang nak menggunakan lagi effect yang korang buat tadi. Korang just tekan 1 button je dan automatik effect tu akan jadi. Dalam bahasa mudahnya "Effect Segera". Tapi sekarang ni, dah banyak effect segera yang kita boleh download je kat internet dan kebanyakkan effect2 tu sangat lah cantiknya. So dah fahamkan apa tu Photoshop Actions ni.
Kalau dah faham sekarang ni aku nak terangkan step-by-step macam mana nak menggunankan Photoshop Actions ni. Jom kita mulakan...

Tuesday, April 12, 2011

Photoshop: Stereographic Image / Small Planet

Salam semua. Haa! seperti yang telah dijanjikan, hari ni aku akan berikan korang tutorial pasal Stereographic Image atau Small Planet. Kesian korang kan dah lama sangat tunggu tutorial ni. Tapi takpe, hari ni korang akan belajar macam mana nak buat gambar stereographic ni. Benda ni nampak macam susah tapi sebenarnya senang sangat. Tak sampai 10 minit pon korang dah boleh siapkan.

Tapi ada pantang larang nak buat gambar stereographic ni. Haha! dah macam bomoh pulak kan. Sebenarnya untuk buat stereographic image ni, gambar panorama adalah yang paling sesuai. Kalau korang guna gambar biasa. Korang kena crop dulu gambar tu supaya jadi ala2 panorama. Contoh gambar yang sesuai adalah macam kat bawah ni yang aku dapat dari sini. Gambar ni jugak la yang akan aku gunakan untuk tutorial kali ni.

Ok, jom kita mulakan...

Tuesday, March 15, 2011

Artwork: Book Cover Design

(klik untuk tumbesaran yang sihat)

Design type: Book Cover
Title: Manusia dan kebenaran
Medium: Adobe Photoshop CS3
Duration: Tak ingat lah

Hari ni tak banyak yang nak di bicarakan. Just nak tunjukkan antara hasil karya terbaru yang aku design. Ni merupakan cover buku ke-3 yang aku dah hasil kan. 2 untuk buku dan 1 untuk al-quran. Klik sini untuk tengok design lain ( sini, sini )

Perkara paling mencabar untuk design kali ni bila aku terpaksa selitkan tulisan jawi dalam design. Memang pening lah nak memikirkan mana nak cari tulisan jawi ni. Tapi akhirnya aku berjaya jugak selesaikan masalah ni. Caranya simple je. Tulis guna marker atas kertas, tangkap gambar dan masukkan dalam photoshop. Hahaha! Sebab tu la kalau korang tengok betul2 tulisan tu, nampak agak kurang kemas sebab tu tulisan tangan aku. Hihi. So apa pandangan korang untuk design kali ni. Berapa bintang agak2nya boleh dapat? hihi.

Ok lah tu, see you nest time

p/s: sekarang ni tengah sibuk menyiapkan design untuk kedai makan pulak. fuhhh, due date dah nak dekat ni.

Tuesday, March 8, 2011

Photoshop: Cara Menukar Warna

Salam semua. Rasanya dah lama blog ni tak di serikan dengan tutorial photoshop kan. Mesti dah ramai yang rindu ( konon2 la ). Ok lah, untuk memulakan balik sesi tutorial photoshop aku yang dah lama tak muncul2 kat blog ni. Hari ni aku akan ajar korang macam mana cara kita nak merubah warna sesuatu objek atau benda2 lain dalam photoshop.

Tuorial kali ni memang di khaskan untuk mereka yang baru nak mula menggunakan photoshop. Kalau yang dah expert tu mesti lah dah tau kan. hihi. Ok la, jom kita mulakan kelas kita...

Tuesday, February 8, 2011

Inspiration: Best Collection of Photo Manipulation

Hello2 rakan blogger dan bukan blogger sekalian. How are you guys doing? hihi. Hari ni nak tujukkan kat korang semua gambar2 yang sangat2 lah amazing nye. Gambar apa yang aku nak tunjuk ni? Sebenarnya gambar yang aku nak tunjukkan ni ialah koleksi photo yang dah di manipulasikan atau bahasa saintifiknya "photo manipulation".
Photo manipulation is the application of image editing techniques to photographs in order to create an illusion or deception (in contrast to mere enhancement or correction), through analog or digital means -wikipedia
Koleksi2 gambar ni adalah dari designer2 dari seluruh dunia. Diorang ni sangat2 lah berbakat. Aku kalau boleh nak sangat edit gambar macam diorang. Tapi malangnye still tak mampu lagi. Ok lah. apa kata korang layang karya2 diorang yang hebat ni.

jom tengok yang lain pulak...

Tuesday, January 4, 2011

20 Website Tutorial Photoshop Terbaik

Hello guys, sihat tak semua. Macam mana dengan permulaan tahun baru korang. Baik ke tak? Harap2 baik la ye. Ok lah, hari ni aku nak kongsikan dengan korang satu benda yang mesti korang suka punya kan. Aku tengok sekarang ni dah makin ramai orang yang dah menggunakan photoshop. Ramai yang suka mendesign kan. Tapi masih ada lagi yang kurang mahir nak gunakan photoshop ni. So, hari ni aku nak bantu korang belajar photoshop dengan lebih cepat. Aku dah berjaya menyenarai pendekkan "20 Website Tutorial Photoshop Terbaik".

Haa, dengan ni, lebih mudah la korang nak belajar kan. Aku pon banyak belajar dari website2 ni. Aku tak pernah pon ada cikgu khas untuk blaja photoshop. Semuanya self taught. Maknanya kalau selama ni korang anggap aku terer kan. Sebenarnya korang silap, sebab korang pon boleh jadi lagi hebat daripada aku. Janji kena rajin je. hihi.

Ok lah, apa kata korang pergi terjah sendiri website2 yang superb ni...

Friday, December 24, 2010

Photoshop: Text Reflection

Salam semua. Bertemu kita kembali dalam segmen " Tutorial Bersama Ezhan Artwork". Haha. Dah lama kan tak bagi tutorial kat korang. So hari ni aku akan cuba ajar korang satu lagi basic dalam photoshop ni iaitu Text Reflection. Haa. Benda ni sangat best sebab dia boleh menaikkan seri korang punya text.

Rasanya kalau yang pandai photoshop tu mesti takde masalah nak buat reflection ni kan. So ni hanyalah sekadar revision untuk korang. hihi. Sebenarnya dalam penghasilan Text Reflaction ni. Ada banyak cara. Tapi aku paling suka cara yang aku tunjukkan ni sebab cepat dan mudah.

Ok lah, malas nak cerita banyak. Apa kata kita mulakan sekarang....

Monday, December 13, 2010

Edit Photo Contest

contest
(klik gambar untuk ke contest)

Salam semua, hari ni tiba2 aku terasa bersemangat nak join contest. hihi. Memandangkan contest ni pasal mengedit gambar, lagi la syoknya aku nak joinkan. Tapi bukan la target aku nak menang. Hanya nak memeriahkan lagi suasana. Yelah harapan la nak menangkan sebab aku tengok yang join contest cik Dalia ni pon dah 360++. Wow banyak tu kan. 1st time tengok contest yang meriah macam ni.

Rupanya ramai blogger2 ni suka edit gambar yek. Hebat2 pulak tu. Rupanya selama ni korang sorokkan bakat korang yek. Tak elok tau simpan2 bakat ni. haha. Ok lah sambung balik cerita pasal contest. Sebelum nak join ni ada beberapa syarat kena ikut. Ni syarat2 dia ...

Sunday, December 5, 2010

Photoshop: Mengubah Warna Mata

Salam semua. hari ni ezhan-artwork sekali lagi tampil memberikan tutorial. hihi. Kali ni aku nak ajar korang macam mana nak ubah warna mata dalam gambar. Haa, perempuan mesti suka kan tutorial ni ( aku teka je ). Sebab perempuan kan suka sangat pakai contact lens color2. Lepas ni tak payah dah nak beli contact lens mahal2 semata2 nak tukar warna mata. Guna photoshop je. Tapi kalau yang betul2 rabun tu takpe la. haha

Bagi yang dah pandai photoshop tu mesti tau kan macam mana nak buat. Sebab benda ni boleh dikatakan agak basic. So kepada sesiapa yang baru nak berjinak-jinak dengan photoshop tu, harap tutorial ni dapat membantu. So apa lagi, Jom kita mula belajar...

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape
Blog Widget by LinkWithin