...








photography artwork tutorial tips

Saturday, July 31, 2010

20 Design Bantal Yang Stylo!


Sekarang ni dunia dah semakin maju. Komputer semua makin canggih. Kalau dari segi reka cipta tu semua nak ala2 futureristik gitu kan. Haaa, bantal pun tak nak ketinggalan zaman juga. Asyik design simple je kan. Bosan la. Nak tidur pun tak feeling je kan. Dah la dengan ada macam2 peta atas tu kan. eeee~ . Jadi disebabkan atas ke-boringan design bantal yang simple dan bosan tu la beberapa designer dari seluruh dunia dah mendesignkan bantal2 yang sangat stylo yang mana boleh membuatkan korang mimpi bidadari tiap2 hari (hihi).


So, hari ni aku nak kongsikan '20 Design Bantal Yang Stylo' bagi aku. Jom kita tengok...

Friday, July 30, 2010

Poster Design Bulan ini.

Hye guys, post kali ni takde apa yang nak di bicarakan sangat, just nak showkan 2 kerja mendesign poster aku untuk bulan ni. 2 orang client mintak aku designkan poster. So hasilnya macam korang boleh nampak kat bawah ni. So apa pandangan korang. Buruk ke cantik ke, ada yang tak kena ke (hihi.). So enjoy ye...



p/s: kalau korang nak tempah poster daripada aku, silakan lah ye, jangan malu2 hihi! tehee~

Wednesday, July 28, 2010

For Sale! Nikon 18-105mm

Hye guys, hari ni aku nak jadi salesman kejap. Aku nak iklan kan lens kamera 'Nikon 18-105mm f/3.5-5.6G ED AF-S DX (VR)'. Second hand dengan condition 8.5/10. Masih elok dan jarang digunakan.


Price: Rm800(Nego)
Include: 67mm Front Lens Cap, Rear Lens Cap, UV filter (unbox, waranty habis)
Condition: masih dalam keadaan baik. Tiada kulat(fungus), 8.5/10
COD: Bangi, Kajang, KL
Contact: ezhan_09@yahoo.com

Kualiti sama seperti dalam gambar. Sila tengok gambar lain di bawah ini...


Tuesday, July 27, 2010

Broga Hill

Salam semua, rasanya dah lama sangat tak upload gambar-gambar dari kamera kesayangan ku canon 450D. So kali ni aku nak upload gambar2 pemandangan yang aku ambil waktu hiking kat Broga Hill Ahad lepas 25 july.

Ini 1st time aku pergi ke Broga Hill ni. Memang 1 pengalaman yang tak boleh dilupakan sebab kitorang start panjat pada pukul 4 pagi. huuu~ dengan gelap gelitanya. Track yang agak lembab (jalan licin). Dah la pakai selipar je waktu tu, dengan pakai jeansnya lagi, bawak kamera dengan tripod. Memang 1 cabaran yang hebat lah.( haha).Kitorang pon tak prepare betul2. Sebab ingatkan Broga Hill ni takde la tinggi mana pon.Waktu tu aku pergi dengan rakan rumah sewa aku. Lebih kurang dalam 11 orang la.

Bagi sesiapa yang tak tahu Broga Hill ni kat mana. Broga Hill ni terletak dekat Semenyih, berhampiran dengan Nottingham University. 30 minit je dari Bandar Kajang. Tempat yang agak menarik kalau nak tengok matahari terbit dan matahari terbenam


Faktar Broga Hill:
  1. Berketinggian lebih kurang 400m (nampak macam pendek, tapi cuba korang test naik. Baru korang tahu betapa letih yag amatnya)
  2. Broga mengambil nama sempena nama Sungai Beroga.
  3. Mempunyai 4 pucak.
  4. Anggaran masa untuk sampai ke puncak ke-4 lebih kurang 1 jam 15 minit
  5. Kalau nak pergi tu bawak air banyak2 sikit. sebab kat atas tu takde jual air.
Ini antara pic2 permadangan yag sempat di tangkap. So sila la komen2 sikit ye.


ada lagi ni....jom tengok

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape
Blog Widget by LinkWithin