...








Sunday, October 31, 2010

Photo Manipulation Workflow: Forgotten Castle

Hari ni nak buat post santai je untuk korang. Aku akan tunjukkan secara ringkas macam mana aku buat photo manipulation: forgotten castle. Sebenarnya nak buat proses photo manipulation ni bukan lah satu perkara yang susah. Sebab konsep dia just korang cantum2 kan gambar je. Macam buat kolaj waktu kecik2 dulu.hihi.

Tapi korang tak boleh la jugak main cantum sesuka hati. Nanti jadi lintang pukang pulak. Korang perlulah juga tengok kesesuaian gambar yang korang pilih tu sama ada matching atau pun tak. Kat sini aku akan bagi tips sikit kat korang yang mana nak try buat photo manipulation ni.

Tips mebuat photo manipulation
1. Ada perisisan photoshop. Kalau software lain x sure la
2. Mempunyai pengetahuan asas dalam photoshop
3. Idea ( cuba berfikir di luar kotak untuk hasilkan gambar yang kreatif)
4. Banyakkan reference. Try tengok cotoh dari orang lain atau website2
5. Cari sebanyak mungkin stock photo. Aku sarankan cari kat Deviantart
6. Buat dengan cermat dan sabar.

Ok, tulah antara tips penting yang perlu korang ingat. Aku nak ingatkan kat sini yang aku tunjuk ni bukanlah tutorial ye. Ni just sekadar rumusan untuk photo manipulation: forgoten castle tu.
Kat sini aku sediakan link untuk gambar2 yang digunakkan dalam proses ni. Awan | Istana | Gunung | Bukit | Air terjun 1 | Air terjun 2 | Air terjun 3.

Ok jom kita tengok macam mana aku buat...

Wednesday, October 27, 2010

Photo Manipulation: Forgotten Castle

Title: Forgotten Castle
Medium: Photoshop cs3
Duration: 1 hour
stock photo: 8 (castle, 3 waterfall, 2 mountain, cloud, bird)

Dah lama tak buat photo manipulation, tiba-tiba hari ni gatal tangan pulak nak main photoshop. Walaupun assignment berlambak2 lagi tak siap. hihi. Ok dalam photo manipulation ni aku guna kat 7 stock photo dan semua aku ambil dari deviantart. So apa pandangan korang tentang gambar ni ok tak? Aku rasa banyak lagi detail2 yang aku lupa nak touch up. Tapi takpe la, aku pon dalam proses blaja lagi kan. So memang wajjib la kalau ada kesalahan tu kan. Ok lah so korang hayatilah gambar tu baik2 ye

p/s: nanti aku akan tujukkan secara ringkas macam mana aku buat photo manipulation ni. Nantikan post aku yang berikutnya ya. Tehee~

Saturday, October 23, 2010

Photoshop: Cross Processing Effect

Yeay!!! aku kembali lagi dengan tutorial baru. Huu, lama jugakkan aku menghilang. Hai semua. Sorry la ye sebab lambat update. Aku terpaksa menyiapkan segala assignment aku dulu, macam nak gila di buatnya. Sem ni je dah terpaksa buat 3 mini projek. Tapi dia punya seksa macam buat Final year projek. Di tambah2 lagi degan tempahan2 design yang banyak. Tak tahu la kenapa, tapi sejak dua menjak ni banyak pulak tempahan design aku dapat. Mungkin Allah nak bagi rezeki lebih kat aku. Tapi dalam masa yang sama aku pon terpaksa memandaikan diri untuk menguruskan masa dengan bijak. Ialah, nak buat assignment lagi, nak buat design lagi, nak update blog lagi. Kalau tak pandai uruskan masa, boleh gila dibuatnya.

Ok lah, macam yang aku janjikan. Aku akan ajar korang semua macam mana nak jadikan gambar korang cantik dengan mengapplykan tone warna pada gambar. Maka hari ni aku akan tunaikan janji aku dengan mengajar korang macam mana nak buat "Cross Processing Effect". Benda ni sebenarnya senang sangat. Tak sampai 5 minit pon. Ni merupakan salah 1 teknik untuk membuat tone warna pada gambar. Ada macam2 cara sebenarnya. Tapi bila korang mahirkan dengan yang asas dulu, secara tak langsung korang akan mahir yang lebih expert. Betul tak. Tapi tak pe, aku akan try kongsikan sebanayk mungkin benda yang aku tahu ye.

Buat masa sekarang, tegok dulu yang ni ok....

Friday, October 15, 2010

Before & After

Halooooo. Salam buat semua. Aku masih lagi terasa aura kemenangan untuk pertandingan banner hari tu (ceh.. macam nak menunjuk pulakkan). Haha. Sebenarnya kemenangan hari tu bukan lah beerti aku ni dah cukup hebat dalam bidang graphic ni. Cuma tulah merupakan titik permulaan aku dalam dunia design men-design ni. Yelah, macam korang tahu aku ni bukannye budak multimedia. Aku ni just seorang student engineering. So, segala yang berkaitan design aku just belajar sendiri dari blog2 dan kawan2 yang lagi terer dari aku. Banyak lagi benda aku kena kaji dan aku juga harap korang selalu la support aku ye.

Dah. Membebel pulak aku ni. Ok lah, straight to the point. Hari ni sebenarnya aku just nak buat Teaser la pasal macam mana nak buat tone pada gambar korang. Kan hari tu aku ada kata nak ajar kan. Tapi bukan untuk post kali ni ye. hihi. Harap bersabar ye. Sebenarnya aku pun kurang arif juga pasal tone colour ni. Sebab setiap gambar yang kita edit, kita kena check tone apa yang sesuai dengan gambar tersebut. Tak boleh la main hentam je. Gambar jadi pelik la nanti.

So post kali ni aku tunjukkan gambaran awal macam mana aku edit gambar-gambar aku sebelum dan selepas di edit. Nanti baru aku ajarkan macam mana cara korang boleh aplikasikan tone color pada gambar korang ok. Arr, lupa nak kasi tahu. Semua gambar2 ni aku edit secara manual. Tiada photoshop action digunakan.

Layan......

Thursday, October 14, 2010

Thank You!!!

Huu. Macam tak percaya je rasanya bila di umumkan pemenang bagi "pertandingan mendesign banner utama zaharuddin.net". Macam mimpi pon ada. Maklumlah, ni 1st time aku menang hadiah yang boleh dikatakan lumayan. Sebelum ni masuk mana2 pertandingan for sure tak kan menang punya.haha. Tambahan pulak yang hantar penyertaan untuk pertandingan ni hampir 100 penyertaan. Ramai gila tu. Memang aku langsung tak mengharapkan apa2. Dah la design pun last minit je, dengan kurang idea lah, nak cari stock photo lagi. Tak sangka semua tu amat2 lah berbaloi. (Siapa tak tengok lagi design tu boleh tengok post kat bawah)

So kat sini, aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada pihak penganjur "zaharuddin.net" sebab telah memilih aku sebagai pemenang. Terima kasih jugak pada yang inform kat aku pasal pertandingan ni (aizuddin). Kalau tak maybe aku tak masuk pon contest ni. hihi. Tak lupa juga pada yang inform aku pasal keputusan pertandingan ni, aku pon sempat cek pasal keputusan tu betul2 kira2 pukul 1 pagi. Tu pun lepas balik meeting. Last sekali, terima kasih pada yang memberikan ucapan tahiah pada aku. Ada yang tak sempat balas lagi kat facebook tu. Thanks to all sebab selalu bagi support
p/s: Lepas ni lagi semangat la aku nak mendesign. hihi. nantikan next post aku ye...tehee~

Monday, October 11, 2010

Header Design

Hye semua. Just nak cerita, semalam aku sempat join "pertandingan mendesign Banner utama untuk laman web zaharuddin.net". Sebenarnya aku pun tahu tentang pertandingan ni last-last minit dekat facebook dan pertandingan tu berakhir hari ini. Mula-mula tu agak malas nak masuk sebab dah macam lewat sangat rasanya, tapi bila tengok hadiah yang ditawarkan. Wow!!! terus bersemangat gila. Untuk tempat 1 RM800. Ke-2 RM400 dan ke-3 RM200. Haa! mau tak terbeliak biji mata tengok hadiah-hadiah tu. haha.

Tapi aku tak kesah pon kalau tak menang.Sebab aku tahu memang ramai gila yang join dan semuanya hebat2 belaka. Aku join pun untuk mengasah bakat aku je. Tapi di sebalik tu, banyak juga benda baru aku belajar dalam mendesign header ni. Pertama sekali, kena pandai membuat susun atur (jangan la serabut sangat). Second, kena berfikir di luar kotak (jagan asyik design yang sama je macam yang lepas2 punya). Dan paling penting kena banyakkan sabar (sebab idea tak kan datang on the spot).

(1st design)

(2nd design)

(2nd design: other background)

p/s: ok la tu kan untuk orang tak berapa mahir macam aku ni. hihi. So sila la komen untuk memantapkan lagi hasil karya aku. 

Thursday, October 7, 2010

Evening Memory.

(picture+texture)
hye! hari ni aku nak tunjukkan result kepada photoshoot yang aku lakukan dengan team2 photo assassin. Sebenarnya photoshoot ni aku kitorang buat waktu awal2 puasa hari tu. Dah lama jugak la kan. Tapi baru sekarang sempat edit. haha. Tapi ,malangnya photoshoot ni kurang berjalan lancar sebab faktor masa. So tak sempat la nak buat theme yang best2 sikit. Ni je la yag termampu. Lokasi pun terpaksa berpindah. Sepatutnya nak buat dekat Bukit Cerakah. Tapi sebab dah agak lewat. Kitorang main shoot je kat sebuah tasik yang kitorag lalu dan ni la hasilnya.

Dalam gambar2 ni. Aku gunakan tone ala2 sunset la. sebab waktu tu pon memang dah petang. Sebab tu jugalah aku amakan themenya sebagai 'Evening Memory' Tapi macam korang boleh tengok, tone yang aku buat masih lagi aku rasakan tak best. Bukan senang tau nak buat tone color ni. Banyak benda terpaksa diambil kira. Bayang2 la, color setiap sudut. huuu. pening jugak la. Tapi aku bertekad akan cuba memantapkan lagi teknik aku. Haaa!, bercakap mengenai tone, aku akan buatkan simple tutorial macam mana nak buat tone color ni. So bersabar ye.

Kita enjoy dulu gambar2 ni...

Sunday, October 3, 2010

7 Software Mengedit Gambar Percuma!

Hye geng-geng semua. How are you? Fine or not fine (cewah speak london pulak). haha. Sejak kebelakangan ni aku kurang update. Yela, ni semua sebab banyak lagi mini projek yang aku belum siapkan. So nak tak nak, terpaksa la juga buat. Final exam pun dah makin dekat. Lagi la aku jadi gelabah ak kena siapkan. Masa nak online pun dah mula kena kurangkan. Takut gila la kalau pointer drop sem ni. Confirm kena tendangan maut halilintar bapak aku. hihi. OK la, post ni aku buat khas untuk reader ezhan-artwork yang banyak sangat tanya aku pasal software lain yang boleh edit gambar selain photoshop.

Sebenarnya kalau nak diikutkan. Ada berpuluh-puluh software untuk edit gambar ni. Tapi kebanyakkannya berbayar. Sama juga macam Photoshop. Kalau nak beli aku rasa memang ramai yang tak kan mampu sebab harga dia mahal. Sebab tu ramai yang download 'pirate' punya kan. Haa! baik mengaku cepat. Hahaha.

Tapi bagi yang tak mampu nak beli software yang mahal-mahal tu takpe sebab banyak lagi software yang lebih kurang sama dengan photoshop dan lebih menarik ianya percuma!!! Yahoo. So hari ni aku akan senaraikan 7 software untuk mengedit gambar yang korang tak payah beli. Fee je.

So jom tengok....

Blog Widget by LinkWithin