...








photography artwork tutorial tips

Monday, September 27, 2010

Design untuk bulan ini

(poster design)

Halooo! blogger2 sekalian. Sihat ke tak? Kalau tak sihat kenapa korang datang kat blog ni. Pergi la jumpa doktor. Karang berjangkit pulak. Haha. Ok lah Post ni just nak mensemakkan lagi je blog ni sebab apa yang aku tunjuk ni semua adalah sebahagian dari design2 aku untuk bulan ni. Ni semua yang orang tempah. Yang kerja aku buat untuk diri sendiri aku tak tunjuk kat sini sebab buruk. Hihi. Kalau aku buat untuk orang. Baru aku buat sungguh2.

Tapi macam korag boleh tengok, design2 aku ni masih lagi belum tahap yang memuaskan bagi aku. Sebab aku rasa terlalu banyak kelemahan lagi dari macam2 sudut la. Contohnya macam pengolahan warna, susun atur huruf. So aku berharap agar teknik mendesign ni dapat aku gilap dari hari ke hari. Kepada korang yang expert2 tu. Bagi la tips2 yang best untuk aku ye. hihi

jom tengok yang lain...

Sunday, September 26, 2010

Tutorial 'Light Trail'

Hye guys. Seperti yang telah dijanjikan. Hari ni aku akan tunaikan janji aku yang lepas iaitu nak buat tutorial pasal light trail. Haaaa! Mesti dah ada yang menantikan. Ok la, dah tak sabar2 aku nak ceritakan ni.

Pertama sekali korang perlu la tahu apa itu 'light trail'. Light trail ni merupakan lukisan daripada cahaya. So bila kata cahaya tu, maknanya daripada lampu, laser, LED, dan apa2 lagi yang boleh mengeluarkan cahaya. Untuk buat 'light trail' ni, korang memerlukan peralatan yang betul. Mana boleh guna PS3 ke X Box ke atau watercolor nak buat light trail ni.Haha

Antara Peralatan yang diperlukan...

Thursday, September 23, 2010

Light Trail Raya (pt.2)

(siapa boleh teka ni mercun apa, Haha)

Waa! dah 4 hari tak dapat nak buka blog. Ni semua sebab streamyx rosak la ni. Nasib baik tak rosak sampai seminggu. Kalau tak memang bosan gila la kalau tak boleh buka internet. Haa! berbalik kepada topik asal. Haaa! tengok, aku dah pon upload part 2 light trail raya ni. haha!. Macam yang aku bagi tau jugak. Gambar2 kali i lagi DaBOOM la. tak percaya? korang tengok je la nanti. Aku rasa gambar2 kali ni lebih cemerlag, gemilang dan terbilang dari tahun2 lepas. Ni semua atas jasa lens 10-20mm 'wide angle'. Ni la 1st time aku gunakan utuk raya (cehh, sebenarya nak bagi tau ada lens baru je tu. haha).

Arr, kan hari tu aku ada bagi tau nak ajar macam mana nak buat light trail ni kan. Aku dah tukar fikiran yang aku akan buat 1 post khas mengenai light trail ni. rasa lagi best. Banyak sikit boleh cerita. Harap korang tak mengamuk la ye aku tak cerita taruk cara buat light trail tu kat post ni. hihi. Apa-apa pon aku nak korag hayati je dulu gambar2 BooM!!! Bastik dari aku ni. Cewahh.

Jom layan, Zasss...

Saturday, September 18, 2010

Light Trail Raya (pt.1)

Hello semua. Hihi. Baru sempat nak post pasal raya. Kalau tengok je gambar kat atas ni confirm aku rasa korang tau gambar apa tu. Haha! Gambar bunga api la kan. Kalau raya takde bunga api dengan mercun memang hambar la raya tu. Bosan gila. Bila dengar bunyi doom daam baru syok. Walaupun bingit telinga dengar, tapi perasaan puas tu tetap ada. haha

So, setap kali raya aku mesti nak buat light trail bunga api ni. Aku rasa mejoriti yg ada DSLR mesti buat gambar macam ni. Sebab benda ni senang je nak buat.Tapi ada juga yang tanya aku macam mana nak buat. Takpe aku akan ajarkan dalam (part 2) post pasal light trail ni ok. Untuk post kali ni korang just enjoy je semua gambar ni. Jangan lupa komen sekali ye.

Jom enjoy....

Monday, September 13, 2010

15 cara ikat kasut yang kreatif

Aku tau hari raya ni mesti ramai yang dah beli kasut baru kan. Haha. Siapa yang takde kasut tu rugi la sebab aku nak tunjukkan macam mana korang boleh try belajar cara ikat kasut yang korang belum pernah buat lagi sebelum ni.(haha) Baru la ada kelainan di Hari Raya ni. haha. Secara jujurnya, belum ramai lagi aku tengok orang ikat kasut cara macam ni, So kalau korang buat, korang la one and the only. Memang hensem lagi berseri2 la orang pandang nanti. Silap2 berpuluh2 awek kejar korang nanti. Kalau perempuan pulak, ramai la jejaka2 tampan nak ngorat nanti (kuang2).

So jom belajar cara ikat kasut...

Friday, September 10, 2010

Selamat Hari Raya !!!

Dikesempatan ini, ingin aku ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI "maaf zahir dan batin" kepada semua pengunjung setia dan tak setia ezhan-artwork (sorry ye lambat mintak maaf sikit). Minta maaf sekiranya post aku sebelum2 ni ada menyebabkan korang terasa hati atau apa2 je yang boleh menggugat emosi korang. Kalau ada tersalah tingkah laku ke maafkan lah ye. Kira 0-0 la. Semoga Hari Raya kali ni membawa 1001 sinar rahmat dan kebahagiaan dalam hidup korang semua.

Untuk raya kali ni aku ada hadiah special nak bagi kat korang. Jeng3!!!. Aku akan hadiahkan kat korang semua pengunjung ezhan artwork ni 3 kad raya premium rekaan aku sendiri. Jom kita tengok...

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape
Blog Widget by LinkWithin