2010
Thursday, December 31, 2009
Happy New Year 2010
2010
Labels: artwork
Posted by ezhan_artwork at 11:56 PM View Comments
Museum of Islamic Art Doha-Qatar "Part2"
GAMBAR! GAMBAR!! GAMBAR!!!
Ok, seperti yang dikatakan ni dia sambungan untuk post lepas mengenai gambar yang aku shot waktu dalam muzium. So apa pendapat korang. Ok tak. Hihi. Maklumlah, aku ni baru je belajar guna DSLR ni. Ilmu pun"ciput" je. So kalau korang nampak gambar aku ni agak buruk. Paham2 la kan.....
Ohh ye, memandangkan gambar2 ni aku tak taruk trademark aku (lupa, dah habis edit baru perasan) jadi kalau korang nak ambil gambar ni untuk kegunaan korang, bagi la tau dulu ok. Pastu korang nak buat rojak ke apam ke ikut suka korang la..
So, enjoy la ye....komen la sekali ok untuk meningkatkan lagi prestasi aku ni (hihi)..
Labels: photography
Posted by ezhan_artwork at 2:28 AM View Comments
Wednesday, December 30, 2009
Museum Of Islamic Art Doha-Qatar 'part1'
Wohoo.... itu la ungkapan yang dapat dikatakan apabila sudah lama tidak mengupdate blog. bukan apa, maklum la waktu kat Doha hari tu sibuk gila. Keluar je kerjanya. Bila balik rumah je mood nak update blog hilang sebab letih sangat. So untuk maklumat korang juga, aku sekarang ni dah ada kat Malaysia.Tapi post kali ni still lagi nak ceritakan pasal Doha. Kali ni nak kongsikan pengalaman aku waktu kat muzium pulak. Eh silap, bukan nak kongsi pengalaman tapi nak tunjukkan gambar yang aku tangkap waktu kat situ. (hihi).Kiranya nak show off la ni.Bukan apa, susah tau nak tangkap gambar kat dalam muzium ni. Maklumla gelap gila kan. So kene la pandai2 setting kamera tu. Korang pula bila lagi nak shoot gambar dalam Muzium macam ni. Haa, so ini la dia part 1 shoot at the muzium :~
Labels: photography
Posted by ezhan_artwork at 2:50 AM View Comments
Saturday, December 19, 2009
Qatar Architecture
(mercutanda Qatar...lawa design dia)
Labels: photography
Posted by ezhan_artwork at 4:46 PM View Comments
Wednesday, December 16, 2009
Qatar Episode 2
Mmmm...nak start dari mana ye episod 2 ni. Ok la untuk episod 2 ni. Nak ceritakan tentang sambutan harijadi (Birthday party la) yang diorganizekan khas untuk Aiza (gambar bawah ni) dan juga untuk mengalu-alukan kedatangan ornag Malaysia( me and cousin). Ramai yang datang kat majlis ni dan seperti biasa aku juga la yang jadi photographer tak rasmi nye (hihi). Post kali ni takdala nak cerita banyak benda. Just nak tunjuk gambar je. hihi
Labels: photography
Posted by ezhan_artwork at 12:17 AM View Comments
Sunday, December 13, 2009
Qatar Episode 1
Posted by ezhan_artwork at 6:18 AM View Comments
Thursday, December 10, 2009
Selamat tinggal Malaysia
Dalam post lepas aku ada cakap "good bye Malaysia".Maybe masih ada yang tak tahu lagi yang aku akan ke Doha hari ni. Yahoo!!!, syoknya. Yang dah tahu tu duduk diam2 menikmati gambar ni Ok. So dah terjawab la persoalan yg timbul kat post lepas kan.
So ni la special ter-simple wallpaper utuk event ni. Hari ni aku akan naik flight pukul 10.35 pagi. So nanti aku akan post kan special entry untuk lawatan aku ke sana nanti... Bye Malaysia.!!!!. tunggu Ok untuk special post nanti!!!
Labels: artwork
Posted by ezhan_artwork at 12:18 AM View Comments
Group shot!!! (update)
Update daripada post lepas"Group shot!!!". Kat sini aku hanya mampu tunjukkan 5% je gmbar daripada gmbar keseluruhan...hihi. Banyak sangat nak kena update.
Kalau nak tengok lagi banyak KLIK SINI
jom tengok lagi...bnyak lagi ni....
Labels: photography
Posted by ezhan_artwork at 12:14 AM View Comments
Wednesday, December 9, 2009
Tuesday, December 8, 2009
Group shot!!!
Ahad lepas aku dapat job utuk shot gambar group shot!!!. Best, memang dah lama rase nk buat group shot ni. Tapi tak berpeluang je. So, tanpa rasa segan, malu dan shy. Aku pun terima la tawaran tu. Memang happening la pasal semua ni rakan2 seperjuangan masa kat sekolah dulu. Best jugak la dapat jumpa semula diorang ni. Padahal waktu mula2 tu segan jugak nak tangkap. Tapi dah lama2 tu syok sendiri pulak (hihi). Bukan apa, dulu kat sekolah aku bukan nye MPP pon. So kat situ aku sorang je la yang ganjil, nasib baik la aku ajak sorang lagi yang bukan MPP untuk teman aku. Kalau tak memang segan habis la.So ni la sedikit preview untuk korang. Gambar lain upload esok je pasal banyak gambar lagi nak kena edit ni . Hu, letih.
So,nantikan esok untuk gambar group shot!!! ni.
Dikesempatan ini juga, aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada owner w3garden (the Malaysia Blog Showcase) kerana telah menyenaraikan blog aku dalam tu. Sebenarnya aku pon baru je perasan blog aku ada dalam tu. THANK YOU SO MUCH~
Labels: photography
Posted by ezhan_artwork at 1:07 AM View Comments
Wednesday, December 2, 2009
bila Hujan turun
Kebelakangan ni asyik hujan je kat belah pantai timur kan (kata musim tengkujuh...memang la). Badan pun jadi malas nak gerak. Semua benda malas nak buat. Tidur la yang paling best (hahah). Tapi tidur je pun bosan jugak. Jadi untuk tidak mengsia2 kan hujan yang turun, aku sempat shoot beberapa gambar waktu balik raya hari tu. Susah jugak bila hujan ni. Karang tengah2 ambik gambar, silap2 kamera jatuh dalam longkang pulak ...hahah
ni aku punya 1st trial tangkap gambar water droplet (betul ke nama dia ni.)....boleh la kan. Ada lagi ni
Labels: photography
Posted by ezhan_artwork at 1:49 AM View Comments