...








Tuesday, August 31, 2010

Selamat Meyambut Kemerdekaan Malaysia ke-53

Selamat Hari Lahir yang ke 53 buat negaraku Malaysia dan buat geng-geng blogger dan seangkatan dengannya selamat menyambut bulan kemerdekaan. Diharapkan kita dapat lah memerdekakan diri kita dan berubah kearah yang lebih baik. Tahun ni merupakan tahun paling best untuk menyambut kemerdekaan sebab pada tahun ni 31 Ogos telah jatuh pada 10 Malam terakhir Ramadhan. Maka bertambah2 berkat la kemerdekaan kali ni. Jadi eloklah kita rebut peluang untuk berubah betul2. Cuba la reflect balik apa yang kita dah buat dulu. Perbetulkan mana yang silap. Ingat! masih belum terlambat lagi untuk kita berubah.

Seperti tahun lepas juga, tahun ini aku pon ada buat poster (desktop wallpaper) kemerdekaan. dan pada tahun ni aku agak kekurangan idea sikit macam mana nak buat poster merdeka ni. haha. Puas cari idea. Tak jugak jumpe2. Last2 buat simple2 je. Korang boleh tegok kat atas tu. Agak selekeh kan (nak kritik silalah). Siapa tak tengok lagi design aku tahun lepas boleh klik kat sini. Siapa nak amik buat frame kat dinding silakan lah ye. hihi. Ok lah, sampai sini je untuk kali ni. Sekali lagi nak ucapkan.

::|1 MALAYSIA MENJANA TRANSFORMASI|::

Saturday, August 28, 2010

Saya Peminat Doraemon

Hai semua, hari ni aku juat nak buat entry santai je. Sebab dah lama tak update kan. Nampak boring pulak blog ni. Maklumlah makin nak raya makin banyak design org suruh buat (hihi, rezeki ramadhan). Ok lah, hari ni aku nak ceritakan pasal Doraemon pulak. hihi. Korang suka tak cerita doraemon? Aku sangat la suka cerita katun ni. Rasanya waktu tadika lagi aku mula start tengok cerita ni. Waktu tu jugak la aku rajin habiskan duit nak beli komik doraemon ni. Tapi malangnya sekanrang ni semua komik tu dah hilang. (sedey). Aku suka cerita ni sebab dia banyak tunjuk pasal masa depan dan masa depan memang sangat best pasal semuanya mudah. hihi Punya la syok cerita ni waktu aku tengok dulu, kalau boleh aku nak mimpi masuk dalam dunia doraemon. hihi. Tapi tu dulu la, sekarang dah matured sikit (haha).

Walaupun pelukis asalnya dah mati tanpa sempat nak habiskan cerita ni, tapi cerita ni terus maju ke depan dan sehingga kini masih lagi dikenali ramai dan masih disiarkan kat NTV7. Silap2, atuk kita pon tengok jugak doraemon ni. haha! Ok lah, tanpa melengahkan masa hari ni aku nak bagi tau beberapa faktar yang best pasal doraemon ni.

ok first aku start dengan yang ni dulu.

Monday, August 23, 2010

15 Website Mencari Photoshop Brush


Hai hai hai semua. Hari ni aku aku dengan seronoknya nak kongsikan lagi link2 menarik untuk rujukan korang semua. Kali ni aku nak bercerita tetang Photoshop Brush. Korang tau ke photoshop brush ni apa? Rasanya kalau yang pakai photoshop tu mesti tahu punya lah kan. Ok lah, Photoshop Brush ni merupakan salah satu tool basic dalam photoshop. Walupun benda ni basic, tapi benda ni boleh menunjukkan kreativiti korang semaximum yang mungkin. Ada beribu2 corak yang disediakan dalam internet untuk korang download dan masukkan dalam koleksi korang. Yang paling bestnya, kebanyakkannya FREE! yahoo..

Tapi bagi sesiapa yang dah expert dalam photoshop, korang boleh create sendiri corak yang korang nak. Bagi sesiapa yang tak tahu tu, boleh la mintak request ye.hihi. Kalau pemintaan menggalakkan. Aku akan cuba buat satu tutorial mengenai brush. Beralih pada benda yang aku nak kongsikan hari ni. Aku telah berjaya menyenarai pendekkan 15 website yang boleh dikatakan mempunyai banyak koleksi brush yang hebat2 belaka. So korang download la banyak2. Biar photoshop korang hang pon takpe. hihi.

So jom saksikan website2 tersebut

Thursday, August 19, 2010

Yeay!!! My custom made Pages

Yeay!!! nampak tak perubahan kecil kat blog aku.Akhirya aku berjaya jugak buat custom pages ni. Dah lama sebenarnya nak buat benda ni. Akhirnya terlaksana jugak. So apa korang rasa. Adakah korang rasa benda tu buat menyemak je atau kurang kemas. Kalau korang rasa idea yang lebih baik, boleh la bagi tau ye. Tehee!

Tuesday, August 17, 2010

Photoshop: Photo Touch Up

hye! geng2 sekalian. Haha! kini tibalah saat yang dinantikan, setelah sekian lama. Akhirnya aku berjaya jugak buat tutorial photoshop ni. Huuu, penat jugak la memikirkan step2 nak buat tutorial ni. Maklumlah bulan puasa, otak slow sikit (hihi). Ok, kali ni aku akan sharekan dengan korang macam mana nak "touch up photo" atau pun nak cantikkan kullit muka kita dalam photoshop. Kalau nak diikutkan ada banyak cara. Tapi apa yang aku akan ajarkan ni cara yang mungkin agak susah untuk korang faham. Tapi hasilnya nanti akan nampak lagi realistik. Takde la nampak edit sangat. Cara ni banyak digunakan oleh golongan photographer professional.

Sebab tutorial ni agak advance, jadi siapa tak faham tu cepat2 lah bertanya ye. Apa lagi jom kita mulakan...

Friday, August 13, 2010

Selamat Menyambut Ramadhan

Salam Ramadhan untuk semua. Rasanya masih belum terlambat lagikan aku nak ucapkan kat korang semua para2 Blogger dan semua yang beragama Islam Selamat Berpuasa. Diharapkan kita semua dapat memanfaatkan bulan Ramadhan yang mulia ni dengan sebaiknya. Siapa tahu, mungkin ini merupakan Ramadhan terakhir kita. Jadi jangan sia2kan peluang yang diberi. Kalau boleh jangan la poteng puasa tu. Sebulan je pon. Bukannya lama sangat. Tapi ganjaran yang diberi tu. Huuu, tuhan saja yang tahu.

Sebelum tu aku nak memohon maaf kalau aku ada tersilap tulis perkara2 yang tak patot, atau pon tutorial yang aku pernah tunjukkan sangat susah untuk korang follow. So terima la poster khas yang aku buat ni. hihi. Siapa nak ambil silakan. Tak marah pon. Tak elok marah2 bulan puasa ni kan.

Sunday, August 8, 2010

Design Flyers Untuk kali Pertama

Salam semua, aku takde apa nak dibicarakan sangat. Just menunjukkan hasil design paling latest aku. Ni pertama kali aku deberi kepercayaan untuk design flyers oleh client. So macam korang boleh tengok kat bawah. Tu lah dia hasilnya. Aku mengaku aku memang tak pandai nak buat susun atur flyers ni. sangat2 complicated. Lagi banyak detail, lagi pening nak design. Dah la dengan tak tau size flyers. Aku main hentam je (hihi). Apa2 pon aku amat berpuas hati dengan hasilnya sebab ni 1st time aku design flyers walaupun tak berapa nak smart dan kurang menarik kan. So apa pendapat korang...


p/s: silalah bagi komen, kritikan yang mana korang rasa aku boleh perbaiki. Atau nak bagi idea2 menarik pon boleh jugak. hihi. Arr. nak bagi tau juga aku akan postkan tutorial photoshop start bulan puasa nanti. Harap bersabar ye.

Saturday, August 7, 2010

20 Website men-Download Font Yang Best

Hye Guys! Hari ni aku nak kongsikan dengan korang satu lagi benda best. Dah lama sebenarnya tak kongsikan website2 yang best ni. So apa yang aku nak kongsikan hari ni adalah berkaitan dengan Font. Kalau nak diikutkan Font ni ibarat nadi dalam komputer. Takde font, memang tak boleh nak tulis la kan. Kalau dalam design, Font ni adalah satu medium untuk meluahkan kreativiti. Sekarang ni dah ada berjuta2 fonts free yang kita boleh download kat internet. Tapi masih ramai lagi yang tak tahu kat mana nak download kan. So kat sini aku dengan gembiranya nak share dengan korang '20 Website men-download Fonts yang Best'.


Sebelum tu aku nak bagitau yang aku tak susun website2 ni tak mengikut ranking apa2. Semuanya random dan semuanya website yang aku rasakan best dan mudah untuk korang search font macam mana korang nak. lagi 1 (klik kat tulisan kalau nak ke website tu. takut ada yang tak tahu pulak nanti.hihi)

Apa lagi jom tengok....


Wednesday, August 4, 2010

Workshop 'Cakap Serupa Bikin'

(antara gambar yang paling cemerlang aku tangkap.hihi)
Pada 31.7 yang lepas, aku telah berpeluang untuk pergi ke bengkel photography 'cakap serupa bikin'yang mengkhususkan tentag macam mana nak shoot portrait picture. Kalau masuk yang ni, dah 2 bengkel photography aku attend. Banyak knowledge2 yang baru aku dapat. Sangat seronok sebab dapat kenal dengan photographer lain dan juga terima kasih kepada akram sebab teman kan aku pergi.(hihi). Bengkel ni dianjurka oleh ijam dan special guest untuk hari tu ialah abg Affendi (seorag jurugambar professional M'sia) Tips yag diberi memang sangat2 praktikal dan senang gila la nak faham. Hope lepas ni boleh attend lagi banyak photography workshop. Nak mantapkan lagi technique .(hihi). Pastu baru orang respect.

Ini ramai orang sekarang beli DSLR baru sebulan dah nak tangkap wedding picture. Memang gambar hancur la. Cuba la pergi belajar dengan sifu2 dulu. Baru la betul (dah macam guru disiplin pulak)Lepas ni siapa2 nak jadi my model. Boleh la bagi tau ye. (sambil buat muka serius). Nak kena banyak praktis lagi ni. Bak kata orang kulit putih ' practice make perfect' (hihi)

Jom tengok gambar lain...

Blog Widget by LinkWithin