Salam semua. Bertemu kita lagi dalam ruangan tips pilihan. hahah! Macam rancangan bual bicara pulak. Ok lah. Sebenarnya dah ramai yang tanya aku macam mana setiap kali aku buat sebarang design, boleh nampak cantik? Cantik sangat ke design yang aku buat? Rasanya tak la secantik mana sebab setiap kali aku tengok design orang lain, aku mesti jeles sebab design diorang lagi cantik.
Sebenarnya lah kan, nak menghasilkan sesuatu design tu taklah semudah yang disangkakan. Kadang2 walaupun design tu nampak macam simple je nak buat (cth: header dan logo) Tapi nak perah idea tu bukan la sesenang mana. Silap2 boleh pecah otak tau. haha. Tapi jangan risau, aku akan bagi tips macam mana cara aku mendesign supaya lepas ni korang boleh buat design yang lagi cantik daripada aku ( wahh! ni lawan tokey ni. hihi ). Ok, jom kita baca tips2 ni.
1.Idea
Inilah benda paling penting untuk mendesign. Aku boleh katakan benda ni macam jantung pada design sebab tanpa idea, takde la design. Idea yang bagus akan menghasilkan design yang cantik. Macam mana pulak nak dapat idea tu? Idea ni ada banyak cara untuk kita dapatkan macam imaginasi. Kita try imagine kan macam mana design kita tu bila dah siap. Tapi selalunya imaginasi ni agak makan masa sikit. Antara yang paling berkesan ialah pemerhatian. Korang boleh tengok contoh2 dan cari inspirasi dari design orang lain. Tapi jangan lah pulak sampai copy design orang bulat2. Tak bagus tu. Kat sini aku tunjukkan senarai tempat yang boleh korang tengok untuk cari idea
Klik sini- Tempat Mencari Idea/Inspirasi
2. Skill
Kalau dah ada idea tapi takde skill pon payah jugak sebab korang tak boleh nak merealisasikan idea korang tu. Hanya ada 1 je solution untuk masalah ni iaitu practice lagi dan lagi. Buat banyak tutorial photoshop untuk mantapkan lagi skill korang. Tapi kalau ada duit lebih tu, boleh la pergi kelas design. Lagi cepat faham. Tapi aku dulu pon blaja sendiri2 je, boleh je faham. hihi.
Klik sini- Website Tutorial Photoshop Terbaik
3. Background
Setiap kali aku mendesign, aku tak suka gunakan background yang plain. paling kurang pon aku akan buat gradient background macam contoh gambar kat bawah ni
(Background ber-gradient)
Aku juga suka gunakan elemen texture dalam design dan juga picture editing. Nampak lagi menarik. Korang pon boleh cuba jugak. Tapi make sure texture yang korang gunakan bersesuaian dengan design korang. Ni contoh design aku yang menggunakan texture.
(penggunaan texture pada background)
(penggunaan texture pada gambar)
Klik sini- Tempat Mendownload Texture Terbaik
4.Typography
typography ni adalah teknik susun atur dan juga pemilihan font. Macam mana korang susun supaya boleh nampak kemas dan teratur. Kalau korang susun beterabur, confirm design korang nampak kurang cantik. So cara yang paling ideal ialah, korang susun font tu rapat2 dan setempat. Kalau boleh font tu tak payah la yang fancy2 sangat. Yang biasa2 pon dah cukup. Ini antara font2 yang aku paling suka guna ( century gothic, franklin gothic, trajan pro, edo ). Meh aku tunjukkan korang website yang best nak download font.
(Contoh susun atur typography)
5. Susun Atur
Susun atur design penting. Make sure objek yang nak dijadikan main attraction tu betul2 nampak. Bila orang tengok design korang, dia dah nampak apa yang korang cuba sampaikan. Cuba buat susun atur korang tu unik. Jangan terlalu formal. Bagi sikit funky style. Baru la cantikkan. hihi
6. Warna
Pemilihan warna ni kena betul, dulu pun aku dah bagi tau dalam tips mendesign header. Kombinasi campuran warna kenalah harmoni. Kalau nak buat contra, kena la betul2 contra. Jangan terlalu merapu sangat. Nanti sakit mata tengok.
7. Style
Cuba gunakan style korang sendiri. Macam mana korang olah design korang tak kira la header ke, edit gambar ke. Barulah ada identiti sendiri kan. Contohnya macam syedgraphix, kalau korang tengok design header je kebayakkannya hampir sama. Senang2 je orang boleh tau tu confirm design syedgraphix. Kat situ dah tau tu identiti dia. Mmm, kalau aku pulak, aku ni takde specific style. Aku buat ikut sedap je. Asal rasa cantik cukup la. hihi
8. Penggunaan Brush
Korang tau kan yang korang boleh download bentuk2 yang menarik untuk brush dalam photoshop korang? So gunakan lah brush ni untuk mencantikkan design korang.
(Brush pada photoshop)
(Contoh penggunaan brush rumput pada header-header lina jalil)
Klik sini- Website Mendownload Brush Photoshop
9.Penggunaan Grid
Kalau korang buat sesuatu design yang agak complex, penggunaan grid sangat membantu sebab memudahkan susun atur. Tak lah serabut nanti. Nak onkan grid tu macam ni caranya.
(Cara activekan Grid. View > Show > Grid )
10.Penggunaan Action Script
Korang tau tak action script tu apa? Action script ni macam effect automatik la. Tekan play je effect terus siap. Mudah dan simple. Yang paling penting sekali kebanyakan effect2 tu semua cantik2. Kat mana nak cari action script ni? Korang boleh cari dekat deviant art banyak effect yang menarik.
(Salah 1 contoh action script yang aku gunakan)
Ok lah, rasanya tu la tips yang tak seberapa aku boleh sampaikan. Apa yang penting bila mendesign ni ialah korang dapat capai matlamat dan objektif korang. Kalau korang terima sebarang tempahan. Korang boleh penuhi segala kehendak client korang.
Dalam design ni apa yang penting "Kesabaran". Kalau korang tak sabar memang tak boleh la nak hasilkan karya yang cantik. Jangan la baru buat sekerat jalan dah rasa nak give up. Kalau tak faham tanya la orang yang lebih arif. Tak pon tanya je soalan kat page Ezhan Artwork. InsyaAllah aku sudi menjawab segala pertanyaan korang.
Kalau ada point yang rasa boleh ditambah, sila lah kongsi2 kan ye. Semua point2 ni adalah dari aku sendiri, so kalau ada yang tak bagus tu abaikan lah ye.
p/s: Mintak maaf sebab tutorial photoshop tak sempat nak update lagi. hihi...