...








photography artwork tutorial tips

Friday, December 31, 2010

Summary Ezhan Artwork 2010

Sedar tak sedar 2010 dah pon nak melabuhkan tirai. Macam2 kenangan manis dan pahit dah ditempuhi sepanjang tahun ni. Aku pon dah nak melangkah ke sem 4 Bachelor Engineering Technology in Mechatronic. Makin bertambah la cabaran akan ditempuhi nanti. Tapi tu semua rempah ratus untuk mencapai kejayaan. Kalau nak berjaya memang kena susah dulu.

Blog ezhan artwork ni pon dah menjangkau usia 3 tahun. Kira still baru lagi la kan. hihi. Sebab aku rasa tahun ni la aku betul2 serius menulis blog. Tahun ni jugak la banyak pencapaian yang aku dapat dengan blog ni. Boleh dikatakan blog ni merupakan batu loncatan untuk aku. Sebab dari blog ni la ramai yang nak mengupah aku mendesign. Boleh jugak tambah duit poket. hihi.

Memandangkan hari ni last kita di tahun 2010, aku nak buat srecap/summary pasal perkara yang dah berlaku pada blog ni sepanjang 2010. Jom tengok...


-Overview-
Tahun ni sebanyak 79 post aku dah hasilkan (tak termasuk entry ni). Hihi. Sikit je kan. Sebab aku ni bukan jenis update hari2. Tu yang sikit tu. Kalau malas seminggu sekali je aku update. Haha. Teruk betul aku ni. Sejak bulan Jun 2010 hari tu, aku dah berjaya hasilkan 13 tutorial mengenai photoshop & photography dan juga 7 tips & download. Mmmm, not bad la.

-Traffik dan Follower-
Alhamdulillah trafik dari hari kehari makin meningkat. Walaupun tak naik mendadak. Tapi tetap meningkat dari bulan ke bulan. Setakat ni bulan Disember ni la paling cemerlang sebab traffik hampir mencecah 40k pageview. Alexa pon dah makin baik 302,962. Waktu awal tahun dulu, Alexa aku lebih kurang 1 juta lebih. Gila lah kan. Masa tu aku nak capai 500 pageview sehari pun terkapai2 lagi. haha.

Sampai hari ni aku macam tak percaya sebab dah ada 1885 orang yang follow blog aku (sehingga aku tulis entry ni). Memang 1 pencapaian yang boleh dibanggakan lah sebab aku tak pernah pon nak paksa korang follow blog aku. Terima kasih banyak2 aku ucapkan.


-Kenangan Manis Dalam Blog-

Aku rasa kenangan manis aku untuk tahun ni bermula bila Ariff Shah review blog aku dalam " 10 Blog Kacak Blogger Lelaki 2010 ". Waktu tu la semangat berkobar2 untuk berblogging datang. Kalau tak awal2 dulu macam nak tak nak je. haha

Yang paling best sekali untuk tahun ni adalah pada Oktober lepas bila Berita Harian panggil aku untuk interview dalam ruangan Ikon Lelaki-XY . Fuhh, memang satu penghargaan yang sangat besar la aku dapat rasakan. Tambahan pulak dapat digandingkan dengan ShamHardy dengan RidzuanRichie

(Berita penuh boleh klik sini)

-Design-

Aku rasa tahun ni la aku banyak improve dalam photoshop bila aku dapat banyak tawaran job2 design . Kebanyakannya benda yang 1st time aku cuba. Contohnya macam design cover buku, cover quran, flyers and so on. Walaupun aku tak pernah nak offer khidmat mendesign ni secara public, tapi diorang still lagi menaruh kepercayaan yang tinggi kat aku. Dari situ la aku meningkatkan softskill aku.

Paling best bila aku dapat tempat pertama dalam contest mendesign header untuk zaharuddin.net. Fuhh, 1st time tu menang contest besar macam tu. (klik sini kalau nak tengok berita penuh sini dan sini)

(design paling dibanggakan tahun ni. klik sini)
(1st time design cover buku. Klik sini)

-Ezhan Artwork dan Blogger lain-
Last sekali aku nak ucapkan berbanyak2 terima kasih bagi mereka yang pernah menampirkan nama blog ni tak kira secara terang2an ataupun terselit sikit2. hihi. Sebab semua tu banyak memberi impak pada blog ni tak kira dari segi trafik atau pun mutu dan kualiti blog ni. Antara yang aku dapat senaraikan kat sini ialah:
dan lain2 yang aku pun tak dapat nak trace balik. Hihi. yang mana tertinggal tu bagi tau la balik yek.

Thanks juga pada reader2 yang lain sebab sama ada korang silent reader ke loud reader ke apa2 reader je la. Tanpa korang blog ni tak kan dapat sampai ke tahap macam ni. Walaupun blog ni tak sepopular blogger hebat yang lain. Tapi aku harap korang dapat sedikit sebanyak ilmu baru dari blog ni. Walaupun sikit tapi tu tetap boleh menjadi saham akhirat buat aku. Betul tak.

-Lain-lain-
Tahun ni jugak la aku dah jumpa identiti sebenar aku dalam dunia blog ni. Aku sekarang lebih memfokuskan pada niche tutorial and design. Sebab ShamHardy kata kat aku dulu " Blog yang berniche ni advertiser suka, so senang la dpt iklan nanti dari syarikat pengiklanan". Disamping tu aku ada la juga selitkan benda2 lain yang aku rasa sesuai. Aku sekarang ni nak kurangkan buat post kosong tanpa sebarang pengisian. Buat rugi masa je. Baik aku kongsikan benda yang berguna. Walaupun sikit je aku selitkan dalam satu2 entry tu. Sekurang2nya, aku sendiri boleh belajar balik benda tu. Taklah terlupa bila lama2 nanti.

----------------------------------

Tu je lah kot yang nak diceritakan, karang kalau cerita banyak2 dah tak jadi summary pulak. Hihi. Harapan aku untuk tahun baru nanti aku nak cuba tingkatkan lagi mutu blog ni supaya jadi lebih baik dari tahun 2010. Kalau tahun ni keluar paper, tahun depan biarlah keluar berita TV3 pulak. Kalau tahun ni dapat buat 79 post je, tahun depan cuba buat 100 post pulak. Kalau boleh aku tak nak stop blogging ni. Sebab banyak ilmu baru aku boleh belajar dengan blog. Korang setuju tak?

So sehingga kita bertemu ni tahun depan. Ni la entry terakhir untuk tahun ni. hihi

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2011

blog comments powered by Disqus
Page copy protected against web site content infringement by Copyscape
Blog Widget by LinkWithin