...








Monday, June 27, 2011

Artwork: Book Cover Design #2

(klik untuk tumbesaran yang sihat)

Design type: Book Cover
Title: Refleksi Diri ( Bekalan Perjalanan Menuju Illahi )
Medium: Adobe Photoshop CS3
Duration: Tak ingat lah

Ni merupakan design cover buku ke-4 aku. Wahh, tak sangka ye. Dah banyak jugak cover yang aku designkan. Rasanya kalau nak dikenang2kan waktu dulu. Nak guna photoshop pon tak pandai. Tapi sekarang dah boleh design benda2 yang dulu dianggap mustahil. Hihi. Tapi ni semua perlukan practice. Bukan terus expert kan.

Design kali ni nak kata senang tak jugak sebab aku pon mula2 blur macam mana nak buat design pasal Refleksi Diri ni. Tension jugak la sebab masa yang diberikan tu singkat. 3 hari je. Last2 aku ambil je satu gambar pemandangan yang agak2 sesuai dan jadikan background. Kanta tu pulak kira simbolik la untuk self reflection kan. hihi. Tapi design ni belum lagi di finalize sebab aku pun tak dapat keputusan lagi dari client pasal design ni. Harap2 diorang puas hati lah. Kalau tak kena la buat balik (~_~").

Pada pendapat korang macam mana? ok tak? ke ada apa2 yang aku patut tambah? kalau ada cadangan boleh la bagi ye. Mana tau dapat naikkan lagi seri design ni. ok lah see yaa.

Klik sini untuk tengok design buku lain ( sini, sini , sini )

Wednesday, June 22, 2011

Photoshop: Out Of Bounds Effect

Salam semua, lama tak jumpakan. haha. Maklumlah, dah seminggu blog ni tak berupdate. Kebelakangan ni aku memang agak sibuk dengan kerja2 luar ni. Selalunya pukul 12 atau 1 pagi baru aku nalik rumah. Jadi masa nak update blog tu terbatas la.

Tapi takpe, hari ni aku akan sajikan korang dengan tutorial baru. Haaa, suka tak? Aku tau ramai dah tertunggu2 tu kan. haha. Hari ni apa yang aku nak ajar korang adalah "Tutorial Out Of Bounds". Out of bound ni ibarat gambar korang keluar daripada kertas gambar tu. Erkk betul ke bahasa aku ni. Ahh takpelah, tapi korang dapat lah kan apa idea aku nak cakap ni. Dia ibarat menjadikan gambar korang tu seolah2 3 Dimension.

Tutorial ni agak panjang jugak sebab aku terpaksa elaborate satu2, takut nanti ada pulak beginner yang tak faham kan. Yang dah expert tu confirm takde masalah la. Ok, tanpa melengahkan masa lagi. Jom kita mulakan.

Tuesday, June 14, 2011

Infographic: The Evolution of Blogger

Hari ni aku nak kongsikan 1 Infographic yang best dekat korang. Kalau kita lihat, dunia blogging dah bermula dari tahun 1990 iaitu dengan "Online Diary". Tapi lama kelamaan, dunia blogging berubah bila mana pada tahun 1994, Justin Hall membuat blog yang pertama yang dipanggil Justin's Link From The Underground. Lepas tu baru la "Web + Log" diwujudkan oleh John Barger. Kiranya, kat sinilah bermulanya era Blogging yang sebenar dan dari saat itulah macam2 jenis blogger wujud. Korang tengoklah sendiri Inforgraphic kat bawah ni.

The Evolution of The Blogger
(klik gambar untuk lebih jelas)

Bila aku tengok infographic ni, aku ni jatuh pada Art and Design blogger. So, pada pendapat korang bila dah tengok Infographic ni, korang ni blogger jenis apa yek? Jenis Emo Blogger ke? hihi

Wednesday, June 8, 2011

Photography: Story of Kebaya

Lama rasanya aku tak upload gambar yang aku tangkap. Dalam hard disk ni pon dah berpuluh2 GB (gigabyte) gambar yang tak edit lagi. Fuhh punya la banyakkan. Hari ni pon aku sempat edit 4 gambar je. Tu pon dah makan masa 3 jam. Tapi 3 jam tu sebab aku buat sambil tengok cerita. hahah. So memang tak fokus la. haha.

Gambar yang aku tunjuk hari ni sebenarnya aku tangkap sebelum aku final exam hari tu. Punya la lamakan. Kalau korang nak tau model dalam gambar ni blogger jugak . Tak percaya. Ni blog dia. Haaa. Ni 1st time aku shoot blogger. hihi. Ok2, ni nak cerita pasal style editing aku pulak. Untuk gambar 1st, aku edit style yang aku selalu gunakan iaitu cross process effect. Lepas tu aku touchup2 sikit kasi makeup cun2 dan hasilnya macam korang boleh tengok.

Gambar2 lain...

Friday, June 3, 2011

10 You Tube Singer Pilihan Ezhan Artwork

Hye semua. Mmm, sebenarnya hari ni aku tak tau nak update apa. Nak buat tutorial, banyak pulak nak kena edit nanti. Nak upload gambar yang aku shoot, tak siap edit lagi. So aku decide nak buat list 10 Youtube Singer yang selalu aku dengar. haha. Ni kira post santai la nak mengelakkan dari blog ni bersawang. Lagi pon dulu aku pernah buat post pasal 10 Youtube Vlogger pilihan Ezhan Artwork. Kira ni macam sambungan dia la.

Sejak duduk rumah sewa dulu, aku memang selalu layan Youtube ni sebab kat rumah sewa takde TV. Aku pon bukannya kaki DOTA. So, youtube ni ibarat TV la pada aku. Boleh jugak hilangkan boring dengan release tension kan. Kalau nak diikutkan, taraf youtube singer ni pon boleh diibarakan macam artis2 kat luar tu. Mempunyai bakat yang tinggi. Cuma yang membezakan, diorang ni mengembangkan bakat melalui medium youtube dengan harapan ada mana2 label nak angkat diorang jadi Singer. Ala, macam Justin Bieber la.

Apa lagi, jom tengok list pilihan ezhan artwork...

Blog Widget by LinkWithin