...








Thursday, July 30, 2009

Outing di PUTRAJAYA

HUUU.... lama sunguh tak udate blog ni.Rindu gila la kat blog ni setelah lama tak bukan.Maklum la internet kat Malaysia France Institute ni lembab nak mampos.Aku rasa la kan, kalau speed internet kat sini VS siput. Comfirm la siput yang menang. Leceh gila bila internet lembab, semua assignment tergendala. Ni pun nasib baik la ada kawan yang caring pasal masalah aku. So,dia pun bagi la pinjam Berukband dia (sebenarnya aku tak mintak izin pun dengan dia aku nak pinjam, main ambik je...hihihi).....

So, memandangkan aku takde topik yang hangat nak diceritakan, aku just upload gambar yang aku ambil waktu bersiar2 dekat putrajaya hari tu. Tapi aku pergi pun dah petang waktu tu so takde la lama sangat kat sana. Just around setengah jam je. Gambar yang aku sempat snap pun sikit je. Tapi tak pe, aku still happy pasal dapat practise shoot gambar.....

Dan inilah dia hasilnya. Taklah sehebat sifu2 fotographer yang lain. Tapi boleh la kalau nak dijadikan hiasan kat bilik darjah ke hostelke (ape pulak aku merepek ni)...So aku harap korang boleh la bagi sikit komen untuk memantapkan lagi proses pembelajaran aku dalam bidang fotography.

(klik gambar untuk lebih jelas)


so ape pendapat korang......

Saturday, July 25, 2009

my TYPOGRAPHY artwork

setelah lama tak publish artwork kat blog ni ....
Akhirnya aku dapat gak fikirkan artwork baru aku untuk blog ni. So aku decide nak buat TYPOGRAPHY.
apa bendanya typography tu...... arrr ni nak bagi info serba sedikit pasal typography yang diambil bulat2 dari wikipedia :

Tipografi
atau bahasa Inggeris Typography (berasal dari kata bahasa Greek typos = bentuk dan graphein = menulis) merupakan teknik dan seni mengatur huruf menggunakan gabungan bentuk huruf cetak, saiz fon, ketebalan garis, garis pandu (line leading), jarak aksara, dan ruang huruf untuk menghasilkan hasil seni aturan huruf dalam bentuk fizikal atau digital. Matlamat utama tipografi adalah mengatur teks (isi) dalam bentuk yang mudah dibaca dan menarik dipandang.

Tipografi dihasilkan melalui pengatur huruf, jurutipografi, artis grafik, pengarah seni dan pekerja perkeranian. Ia pernah merupakan pekerjaan khusus, tetapi penggunaan komputer telah membuka ruang bagi pengguna biasa dan pereka visual generasi baru.

ok....so itu la serba sedikit pasal typography ni.

Dan ni la dia karya yang aku berjaya buat setakat ni. (klik gambar untuk lebih macho)

ok la setakat ni dulu la untuk post kali ni ye.....jangan lupa komen oK

p/s:nantikan karya ku yang seterusnya

Wednesday, July 22, 2009

Solar ECLIPSE 2009

Hari in satu fenomena luar biasa yang jarang dinikmati dapat dilihat oleh seluruh masyarakat dekat ASIA ni(termasuk la Malaysia)...

tau tak apa dia HAAAA....tu la dia Gerhana Matahari.
Siapa yang dapat tengok tu kira antara orang yang paling bertuah la, pasal gerhana MATAHARI ni antara paling lama pernah berlaku dari yang sebelum2 ni. Kat Malaysia pun dapat tengok jugak antara pukul 8.23 hingga 9.00 lebih. Tapi aku tak dapat tengok pasal kat sini hujan(aduhhh). Tapi tak pe, dapat tengok gambar pun jadi la.

haaa...ni ada la gampar gerhana matahari bagi sesiapa yang terlepas nak tengok atau terlajak tidor sampai terlepas nak tengok....

gerhana yang dilihat dari india

ni pulak gelagat mereka2 yang sempat tengok gerhana tu......

bile sami india dah terpengaruh dengan watak cyclope dalam X-man

ni siap terjelir lidah lagi.Boleh lapar ke bile tengok gerhana??

siapa yang tak tengok gerhana hari ni memamg malu la.Tengok,anjing laut pun sempat tengok.

haaa,adik ni pun satu...orang dah bagi peluang bagi tengok gerhana...dia pergi tidur pulak

ok la.....itu sahaja untuk hari ini....
sorry la lambat sikit update pasal tadi blackout,so internet tak boleh pakai ~~~hihihi~~~
~~~so kita enjoy~~~

Monday, July 20, 2009

impianku menjadi seorang PHOTOGRAPHER

photoku lagi....

ni lagi 3 gambar aku upload untuk tatapan korang. semakin hari minat aku dalam bidang photographer semakin mendalam. Kalau nak diikutkan, nak je bawak kamera aku tu ke hulu ke hilir. Tapi apakan daya, perkara tu tak mungkin akan berlaku dalam jangka masa sekarang ni.Pasal sekarang ni sibuk dengan study.Kalau adalah DSLR tu dengan aku sekarang ni, jawabnya bila ada time free je merayau la aku pegi photoshoot kat mana2.Tapi tak kesah la. Janji bila hujung minggu boleh buat photoshoot. Lagi pun sekarang ni masih lagi sedang belajar teknik2 photography yang betul....nak blaja macam mana nak dapatkan shoot yang terbaik.
harap2 satu hari nanti boleh bukak studio sendiri(hihihi)

dah la tu asyik membebel je aku ni, bukan ada orang nak dengar pun...

so ni la antara photo2 yang terpilih untuk post ni(sebenarnya ada banyak lagi,tapi aku just pick random je)






Photo kat atas ni paling aku suka...sebenarnya photo ni aku tangkap saje2 je.Lepas tu tak semena-mena aku dapat idea untuk buat wallpaper guna gambar ni. So aku un gunakan la kepakarannku yang tak seberapa dalam photoshop. Dan HASILNYA.....tu la dia....hihihihi OK tak...

so apa lagi bagi la komen korang sikit kat aku .....

Sunday, July 19, 2009

batmobile pun dh join transformer

tak banyak benda nak diperkatakan, just rasa happy sangat sebab orentasi dah habis huuuu...tension giler la masa orentasi.Rasa macam kembali ke zaman kanak-kanak riang pun ada.Tapi yang paling best is the closing ceremony minggu silaturrahim ni.Diorang buat dekat UNIKL MIAT.lebih kurang 6 kampus telah berkumpul kat sana(UniKL MSTECH,UniKL MICET,UniKL MIIT,UniKL BMI,UniKL IPROM,dan last skali UniKL MFI) tapi yg pergi tu selected people je.Memang havoc gile la bile sebahagian unikl berkumpul.Yang special nye, Datuk Seri Haji Mohd. Shafie bin Haji Apdal sendiri turun padang rasmikan penutup tu.Kata2 semangat dia tu memang terbaik la. Habis je aku dengar ucapan dia... rasa semangat membara2 nak blaja ni(huuuu).ok la tu je aku nak bagi tau.Gambar nantila aku taruk...

kembali ke cerita asal post ni, aku sebenarnya nak kongsi dengan korang semua. Tadi tengah sibuk2 cari wallpaper transformer,terjumpa la pulak wallpaper yang agak gempak dan menarik ni.Korang sumer mesti tau kan TUMBLER(kereta batman dalam citer batman begin).Untuk pengetahuan korang dia skarang dah join autobot(huuu)...gempak tu ...tak caya cuba tengok gambar ni....haaa

click untuk lebih seksi




natikan artwork terbaru ku.........

Tuesday, July 14, 2009

ORENTASI dan LAGI photo ku

minggu ni agak busy sikit....huuuuu...dgn orentasi pelajar baru MFI. Apa la diorang ni, budak U pun nak buat orentasi ke. Kitorang ni bukan budak sekolah lagi.Kalau orentasi suai kenal je ke, briefing pasal cos ke, finalcial ke tak pe la jugak, Ini dah mengalahkan PLKN. Bangun pukul 4.30 pg. kene denda (berguling2 macam tenggiling kat tengah padang)sebab lewat la itu la ini la(ikutkan hati, nak je belasah semua fasilitator). Tapi dah benda ni wajib. Nak mengelak pun...mmmmm.Tapi walaupun di balun habis-habisan, tetap ada something/input yang best jugak la macam aktiviti berkumpulan(huuu,memang hapenning gila la).cukup la tu, malas nak cerita panjang2. Esok ada lagi orentasi ni. Aduh!!!
pening kepala memikirkan. Dah la internet selaju siput sedut kat sini. Lagi la tension nye.

Dah la tu.......dah puas melepaskan tekanan. Haaa ni merupakan karya aku yang agak latest. Photo yang aku tangkap menggunakan lense canon efs 55-250mm. HAHAHA amacam, aku semakin PRO kan(bangga diri la pulak mamat ni). so korang enjoy je la ye photo2 ni.



Best tak gambar2 tu. So, adakah korang rasa aku ni semakin PRO...hihi
korang tunggu je la nanti....aku akan upload lagi photo2 yang lebih gempak dan meletup.Tak lupa jugak dengan artwork baru aku nanti.


sekian.

fgvd3en69h

Sunday, July 12, 2009

saje je.....

klik gambar untuk lebih seksi

Agak bosan jugak la hari ni. So dengan tidak semena-mena aku terasa nak upload gambar ni aje.
gambar ni tersangat la menariknya pasal gaya yang sempoi dan spontan yang tak sangka langsong nak jadi macam tu (huah3) . Aku rasalah kan gambar ni gambar paling Smart pihak genting pernah tangkap bagi kategori orang yang naik space shot. Lepas ni la kan, kalau genting nak buat papan iklan taruk kat atas mid valley ke pavillion ke times square ke kan, mesti diorang guna kan gambar ni... Pasal gambar ni baru la boleh membuktikan bertapa riangnya orang yang pergi ke genting dan jugak bertepatan dengan tema diorang "Genting Kota Kerianagan". Betul tak....

haha.... Apa2 pun esok aku dh nak daftar masuk untuk DEGREE setelah 1tahun 2 bulan aku belajar kat foundation engineering technology UNiKL. So, kalau blog ni lambat nak diupdate harap korang paham la ye. Maklum la, internet kat U tu pun bukan nye sepantas kilat sangat.

OK lah..... so kita enjoy


Wednesday, July 8, 2009

another Picture





so, apa pendapat korang terhadap gambar2 kat atas
yang mana korang rasa palng smart, stylo, sempoi,........bagi la komen korang ok

Monday, July 6, 2009

Misteri yang Terbongkar

seram...

Dulu atuk aku selalu cerita pasal benda ni, tapi aku tak percaya benda2 tahyul macam ni. So bila dah lepas dengar tu buat dek je la. Tapi lepas tengok video ni, aku terkejut gila. Baru aku tau yang kehilangan nelayan2 sebelum ni berpunca dari sejenis makhluk laut yang agak ganas dan ngeri yang orang tua2 bagi tau sebagai "hantu laut"... Apapun kewujudannya tetap diragui dan masih menjadi tanda tanya bagi sesetengah pihak. Dengan tidak membuang masa lagi, jom kita tonton video kat bawah ni tentang kewujudan makhluk yang di maksudkan.........


bagi sesiapa yang penakut dan lemah jantung, dinasihatkan supaya tengok video ni jauh2 sikit.

video


So,Bagaimana dengan pandangan anda setelah menonton video klip di atas?Adakah masih bingung,buntu ataupun ragu² jugak.....

Friday, July 3, 2009

salji turun dalam blog


ni aku nak share sikit pengetahuan am aku dengan korang semua.Siapa yang dah tau tu cepat2 la keluar dari blog ni & bagi siapa2 yg belum tau.....ni nak kasi tau

Bagi siapa yang tak tahu efek salji tu macam mana, boleh tengok contoh kat blog ni...untuk letak salji turun dalam blog korang copy code(script) kat bawah ni.



<script src="http://snow-effect.googlecode.com/files/snow.js" type="text/javascript">


/***********************************************

* Snow Effect without images-by Kurt Grigg at http://www.btinternet.com/~kurt.grigg/javascript
* Script featured & available at Dynamic Drive at http://www.dynamicdrive.com/
* Please keep this notice intact

***********************************************/

</script>

  • sekarang ape yang korang kene buat ialah, korang pegi kat layout blog korang
  • add widget.....pilih HTML/JavaScript
  • paste je code kat atas and save.....
  • klau boleh korang letak la widet korang tu atas skali dlam layout korang
  • tu je la.......SELAMAT MENCUBA

Wednesday, July 1, 2009

Reborn...new Ezhan Artwork


huuu.... akhirnya siap jugak template baru ni, susah jugak nak cari kombinasi yang menarik.
tapi layout baru ni masih belum cukup sempurna. Macam ada yang tak cukup je rasa...mmmmm
Tapi tak pe,aku cukup berpuas hati dengan hasil kerja aku ni.Ni la aku rasa titik permulaan yang sebenar aku dalam industri blogging kat Malaysia ni...hihihi....

so, penonton2 sekalian..... aku dengan ini meminta jasa baik korang untuk membuat sedikit berutulis kat blog aku ni.....

  1. smart gila
  2. biasa je
  3. boleh la
  4. mmmm
  5. tak terkata
  6. eleh buruk nya
  7. macam hampeh
  8. terbaik
  9. serious meletup
haa,so buat la undian korang ye....lagi 1,klau korang rasa blog ni perlu tambah "something", bagi taula ok.....sekian

Blog Widget by LinkWithin