...








Saturday, November 27, 2010

Top 10 Blogger Dalam Dunia.

Salam geng2 semua. How are u guys? Harap ok lah ye. Setekat hari ni aku berblog apa yang aku nampak, dunia blog kat Malaysia sekarang ni dah mula berkembang. Setuju tak? Dah ramai yang mula nak berblogging dan diorang ni mempunyai matlamat sendiri dalam dunia blog. Ada yang sekadar suka2, ada yang nak kongsikan ilmu yang diorang ada. Ada jugak yang berblogging untuk dapat side income. Sebenarnya matlamat tu semua terpulang kepada diri sendiri. Apa yang korang impikan dari blog korang semua. Adakah sekadar nak menambah page view dari hari ke hari atau nak blog korang terkenal satu dunia. Tu semua hanya korang sendiri yang tentukan.

Ok lah, hari aku nak tunjukkan kat korang 10 Blogger paling hebat dalam dunia ni. Kenapa diorang ni hebat sangat? Sebab diorang telah menaikkan martabat blogger2 dengan menunjukkan blogging pon mampu menjana pendapatan jutaan ringgit sebulan. Wow!!! kalah gaji PM kita ni. Haa, diorang ni lah patut dijadikan role model dalam dunia blog jika korang nak jadikan blog sebagai satu kerjaya. Kat Malaysia ni pon aku nampak dah ada segelintir blogger yang mampu dapat ribuan ringgit setiap bulan. Aku rasa dalam 5 tahun akan datang, mungkin akan ada yang dapat capai tahap macam blogger2 yang akan aku tunjukkan ni.

Jom berkenalan dengan blogger2 hebat ni...

Wednesday, November 24, 2010

Fakta "Facebook" Yang Mungkin Korang Tak Tahu

Macam yang kita sedia maklum, Facebook merupakan satu laman sosial paling popular kat dunia sekarang ni. Sebab terlampau hebat lah sampai diorang sanggup buat filem pasal facebook ni. Kat sini aku just nak share je benda yang aku jumpa waktu tengah meronda2 kat internet tadi. hihi. So baca la faktar menarik ni.

Facebook: What You Probably Didn't Know
[Source: Online PhD Programs for Mashable.com]

Monday, November 22, 2010

Photoshop: Cutout Painting Effect

Salam untuk semua. How are u guys. Harap semua bertambah sihat la ye. Maklumlah hari tu raya mesti korang banyak makan kan. haha! Hari ni aku berbesar hati nak bagi lagi 1 tutorial yang best untuk korang. Tutorial membuat "Cutout Painting Effect". Haaa. Maybe korang pernah tengok tutorial macam ni kat mana2 website lain. Tapi mungkin agak susah untuk korang faham sebab penerangan yang terlampau ringkas terutamanya bagi yang baru2 nak belajar photoshop ni.

Ok, untuk tutorial ni aku cuba eleborate sejelas2 yang mungkin. Kalau korang follow step yang ditunjukkan betul2. Confirm jadi punya. Money back guaranty cakap lu. Nak bagi tau awal2 yang tutorial ni tak sesuai digunakan untuk photo yang bersize terlalu besar. Sebab effect dia nanti kurang menjadi. So korang resize dulu gambar bagi kecik sikit.

Jom lah kita tengok tutorial ni...

Saturday, November 20, 2010

Artwork: Projek Emas

Beberapa minggu lepas, seminggu sebelum aku final exam aku ada terima projek berkaitan dengan design. Apa yang diminta untuk aku design ialah 1 cover buku yang bertajuk "Menyingkap Rahsia Perlaburan Emas" dan 3 lagi animated banner. Ni first time aku diminta untuk mendesign cover buku. Memang agak mencabar la jugak task ni. Ialah, cover buku ni penting sebab benda ni sebagai 1st impression bila orang tengok nanti. Kalau cover dah cantik, mesti orang tertarik nak baca kan. Tapi kalau 1st impression pon dah tak menarik, macam mana orang nak tertarik untuk baca.

Merata aku cari idea, sampai terpaksa pergi lepak kedai buku MPH dan Borders kat Mid Valley semata2 nak cari idea yang best2. Nasib baik ada member teman, kalau tak comfirm bosan jalan sorang2 kat Mid. hihi. Susah jugak nak cari idea pasal design cover buku ni pasal dia punya condition, background mesti warna hitam. Tapi bila dah puas mencari idea berhari-hari. Maka ni lah hasil untuk cover buku tu. Apa korang rasa? Ok ke tak ok?

Ni ada lagi 3 design untuk animated banner. Jom tengok...

Wednesday, November 17, 2010

13 Iklan Yang Kreatif di Tempat Yang Pelik

Memandangkan kita semua masih lagi dalam mood raya yang sangat meriah ni. Maka hari ni aku nak buat 1 lagi entry santai. Kalau dah kata santai tu kan, maknanya sambil tengah potong2 daging lembu tu pon boleh tengok dan baca. Takde lah bosan sangat kan. haha.

Apa yang aku nak tunjuk kat korang hari ni adalah berkaitan iklan2 yang sangat kreatif tapi kat tempat yang tak dijangka. haa! orang sekarang ni sangat2 lah kreatifnya. kat mana2 pon boleh berkarya. Ada je idea yang pelik2. Tapi bagus lah. Sebab kadang2 tu benda yang kita sangkakan takde faedah tu sebenarnya ada faedah dia.

So, tanpa membuang masa jom kita tengok...

Monday, November 15, 2010

Selamat Hari Raya Aidiladha 2010

(poster raya haji tahun ni. hihi)

Disebabkan esok dah nak balik kampung, aku nak ucapkan awal2 la. Maklumlah, kat kampung tu takde internet. Maka dikesempatan ini, aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA kepada semua umat islam seluruh dunia khususnya pada mereka yang mengenali aku. Siapa yang balik kampung tu hati2 la bila memandu tu, jangan asyik nak laju je. Karang tak pasal2 raya kat hospital. Moga hari raya haji tahun ni akan lebih meriah. hihi~

p/s: yeay! esok last exam...

Sunday, November 14, 2010

Aku Glamour Sekejap

Rasanya mesti ramai antara korang dah tahu pasal berita ni kan. Haha! berita yang kat atas ni la yang aku maksudkan. Macam mimpi pulak rasanya. Jom dengar aku aku ceritakan kronologi hari ni dan cerita disebaliknya.

Ceritanya bermula macam ni. Pagi tadi aku ada exam pukul 9.00pagi. Tapi sebelum pergi bertempur tu sempat la online kejap. Waktu tu online macam biasa je. Takde pon apa2 yang special. Lepas aku balik dari exam tu, macam biasa la bukak internet terus. Perkara pertama kalau aku online ni mesti dan semestinya check facebook aku. Sekali aku terkejut. "Eh! apasal banyak sangat friend request ni. sampai 10 haa!" Perkara ni memang jarang berlaku kat aku. So jakon sikit la. Hihi.

Lepas tu aku pun check pulak blog aku kejap. Aku tengok chat box. Uihh! ramai pulak ucap tahniah tiba2 ni. Aku menang kereta ke? Lepas tu baru la aku perasan yang hari ni ada berita pasal aku dekat berita harian. Haha!. Terus muka tersenyum lebar. Padahal baru lepas tension jawab exam tadi. Daripada tak ada semangat terus ada semangat. Cepat2 aku suruh kawan pergi beli berita harian. Sementara dia pergi beli tu, sempat jugak selak2 berita harian online. Fuhh, terpampang muka aku dengan 2 orang lagi blogger hebat RidzuanRichie dan ShamHardy.

Lepas tu bila member aku balik bawak surat khabar......

Wednesday, November 10, 2010

Photoshop: Photo Touch Up #2

Hye geng2 semua, What's up (terikut gaya Ben Bradshaw). Ok hari ni aku berbesar hati nak tunjukkan korang lagi 1 basic editing yang sangat berguna untuk korang touch up photo. Ingat tak dulu aku ada buat satu tutorial untuk touch up photo jugak. Cara yang aku tunjukkan dulu mungkin agak advance bagi sesetengah orang dan mungkin ada yang langsung tak faham. hihi. So kali ni aku tunjukkan version ke-2 cara untuk touch up photo dan menjadikan kulit nampak lebih licin dan berseri2.

Cara ni aku memang selalu guna sebab mudah dan cepat. Gambar pun nampak smooth dan cantik je. Tutorial ni tak semestinya untuk bahagian muka sahaja, bahagian anggota badan yang lain pon boleh. Contoh macam tangan. Ok lah, malas nak membebel panjang. Jom kita tengok je la tutorial ni.

layan...

Monday, November 8, 2010

My Logo Design #2

Salam semua, memandangkan lagi seminggu nak final exam, maka idea untuk aku nak update blog pon dah berkurangan. haishh. Nak study pun tak de mood lagi. Maklumlah suka study last2 minit.Hihi. Nak main fb pon bosan, Member2 pon asyik tengok movie je. Maka alternatif untuk menghilangkan bosan hanya lah mengupdate blog. Ingat tak dulu aku ada tunjuk beberapa design logo yang aku design. Tak ingat ke? kilk sini.

Kali ni aku nak tunjukkan lagi design2 terbaru yang aku buat. Bukan lah tujuan nak menunjuk ke ape ye, just nak mintak pendapat korang. Sebab semua logo2 ni masih lagi di peringkat Beta. Hihi. Macam software pulak yek. Maknanya still belum muktamad la. Pihak berwajib tak confirm kan lagi design2 ni semua. [cliect]. Mostly design2 ni lebih kepada typography je sebab diorang yang mintak macam tu. So ini lah yang terhasil dari kotak idea aku. Amacam?

(Design logo al-ikhlas catering 1)

Ada lagi ni, jangan nak lari pulak...

Friday, November 5, 2010

Lawak! Peribahasa Khas dari Karam Singh Walia

Hari ni nak kongsikan korang 1 benda yang best. Sebenarnya benda ni dah lama, aku jamin mesti ramai yang dah tau pasal benda ni. Tapi siapa yang tak pernah tengok lagi, aku jamin korang confirm gelak guling2 punya. Kalau tak gelak, korang ni memang takde sense of humor la.hihi.

Apa yang aku nak kongsikan dengan korang ni sebenarnya? macam korang boleh baca kat tajuk atas tukan. Peribahasa dari Karam Singh Walia. Hihi. Benda ni aku jumpe dah lama sebenarnya. Tapi saja nak mengimbau kembali. Bila baca balik memang berguling2 la dibuatnya. Haha! siapa tak kenal kan Karam Singh Walia ni, dengan gaya cakapnya, tanganya. Memang unik la. Bak kata orang Putih tu "one and the only". hihi.

note*Peribahasa2 yang dipaparkan ni sangat unik. Maka anda tidak digalakkan menggunanya ketika bercakap dengan orang. Sebab orang tu mungkin akan gelak guling2 bila dengar. Haha!

So jom kita bergelak sakan...

Tuesday, November 2, 2010

10 Website Mencari Blogger Template Percuma!!!

Macam yang korang tahu, Blogger.com merupakan satu platform yang paling mudah dan terbaik untuk korang mula berblogging. Setuju tak. Ramai blogger2 hebat pon kebanyakannya bermula dengan blogspot. Tapi waktu dulu2 template untuk blogger ni sangat terhad. Tak banyak designer yang mendesign template ni. So memang tak ramai la pakai template yang lawa2. Semua lebih kurang sama,

Tapi sekarang ni, pengguna Blogger.com sangat bertuah sebab dah ada beribu2 pilihan templates untuk korang pilih. Yang paling bestnya, kebanyakkan template wordpress dah pon diconvertkan kepada template blogspot. Syokkan. So pada korang yang nak blog nampak macam pro tapi taknak gunakan wordpress pon still boleh. Aku jamin mesti ada diantara korang ni (blogger) yang memang rajin nak tukar layout blog kan. Tak sampai 2-3 bulan dah nak tukar yang baru. Huu, korang mmang dasyat la. Rajin gila!

Tapi masalahnya tak ramai orang tahu kat mana nak cari blogger template yang best2. OK, so kali ni aku akan senaraikan 10 website untuk korang cari blogger template secara percuma!!! Nanti lagi mudah la korang nak tukar template kan. Hari2 pon boleh tukar. Arr, lupa pulak nak bagi tahu. Website2 ni aku khususkan pada pengguna2 blogspot sahaja. hihi

jom tengok...

Blog Widget by LinkWithin