...








photography artwork tutorial tips

Sunday, February 5, 2012

25 Kek Hari Jadi yang Super Kreatif!!!

Salam semua!!! Mesti korang suka makan Kek kan. Selalunya kalau waktu hari jadi kalau takde kek kira macam tak lengkap la kan. Ni nak tunjuk sikit kat korang antara design2 kek yang super kreatif. So enjoy...

Kek alat menjahit


Hand bag


Monday, January 9, 2012

10 Perkara yang Kita Boleh Belajar Dari Kucing

Rasanya kat sini mesti ramai yang suka dengan kucing kan. Hari ni ada post istimewa pasal kucing. Jadi pada penggemar2 kucing korang mesti suka ni. Hahah.

Apa yang aku nak tunjukkan ni adalah 10 perkara yang kita boleh belajar daripada kucing. Haaa, kucing ni walaupun dia tiada akal, tak semestinya kita tak boleh ambil contoh dari dia kan. Haa, jom tengok ni.



Jom tengok lagi...

Wednesday, January 4, 2012

Update Pertama Untuk Tahun 2012

Photobucket
2012 Photo manipulation

Salam semua, rasanya dah sebulan lebih tak bukak blog ni. Tahu2 je dah masuk tahun 2012. Sekejap je kan masa dah berlalu. Memandangkan hari ni hari pertama persekolahan, jadi aku tekadkan diri untuk aktif balik berblogging. hihi. Jadi ini lah post pertama aku untuk tahun 2012 ni. Yahoo!!!

Macam biasa lah kan, dah masuk tahun baru ni mesti kena ada azam baru. Jadi untuk blog ni aku dah ada azam yang khusus untuk blog je. Ini azam aku.

  1. Nak tukar template blog ni. Sepatutnya hari tu lagi dah tukar dengan yang baru. Tapi sebab ada masalah coding yang aku sendiri pon tak tahu macam mana nak selesaikan, aku tangguh kan dulu hajat ni.
  2. Nak buat lebih banyak tutorial photoshop. Aku tengok banyak yang bagi respon yang sangat menggembirakan hati aku berkaitan dengan tutorial photoshop ni. Jadi aku akan cuba perbanyak kan lagi untuk tahun ni.
  3. Nak update sekerap yang mungkin. Kalau nak ikutkan sepatutnya tahun ni merupakan tahun yang agak sibuk bagi aku sebagai seorang student. Tapi aku akan cuba gagahkan diri untuk update sekerap mungkin.
  4. Nak berinteraksi lebih banyak ni facebook page Ezhan Artwork. Rasanya korang tahu aku ada page sendiri dekat facebook, tapi masalahnya aku tak banyak berinteraksi dengan kawan2 page aku, jadi tahun ni aku nak menceriakan lagi page tersebut.

Rasanya itulah dia azam aku untuk blog ni. Jadi aku harapkan korang semua dapatlah bagi moral support untuk aku teruskan berblogging. Sebab aku masih lagi sayangkan blog ni. Walaupun blog tak seberapa kan. Tapi blog ni sedikit sebanyak mencerminkan siapa sebenarnya diri aku ni.

Ok lah, tak nak cerita panjang2 sangat. Nanti korang bosan pulak. Kat atas tu adalah gambar poster 2012 yang aku buat. Kalau macam tahun lepas aku gunakan tema pulau kan. Tengok sini. Tahun ni ala2 bukit pulak. hihi. Tapi ni bukanlah totally idea aku. Aku dapat konsep ni dari sini. Jadi nikmati lah gambar tu puas2 ye.

p/s: Eh apasal shoutmix hari ni tak boleh guna ni ? Korang punya pon macam ni ke?

Wednesday, November 30, 2011

Apa Itu Cinemagraphs dan 20 Gambar Cinemagraphs Terbaik

Cinemagraphs adalah term baru dalam dunia photography. Cinemagraphs adalah gambar yang secara umumnya hampir sama dengan gambar animated.gif. Tapi kualiti gambarnya jauh berbeza dari gambar animasi gif yang biasa. Cinemagraphs ni dihasilkan dengan mengambil satu siri gambar atau video dan gambar2 tersebut akan diedit menggunakan editing sofware dan di simpan dalam format gif. Mengikut pakcik Wiki pulak.

Cinemagraphs are still photographs in which a minor and repeated movement action occurs. They are produced by taking a series of photographs or a video recording, and, using image editing software, compositing the photographs or the video frames into an animated gif file in such a manner that motion in part of the subject between exposures (for example, a person's dangling leg) is perceived as a repeating or continued motion. ~Wikipedia

Term Cinemagraph ni diilhamkan oleh 2 orang photographer dari US iaitu Kevin Burg dan Jamie Beck yang mana diorang ni menggunakan teknik ni untuk menganimasikan gambar fashion dan gambar2 sekeliling sejak dari awal tahun 2011. Dari situ la munculnya kategori baru dalam dunia photography. Kalau nak tau lebih lagi hasil kerja diorang, boleh tengok website diorang .
http://cinemagraphs.com/ .

Kat bawah ni pulak adalah antara 20 contoh gambar cinemagraphs yang menarik. Jadi korang hayati lah baik2 kehalusan seni dari cinemagraph ni





Thursday, November 17, 2011

20 Gambar Gelagat Stormtrooper yang LOL!

Salam semua, disebabkan pagi esok aku takde paper. Hari ni boleh la isi masa terluang ni untuk buat post ringkas.

Takde apa yang nak diceritakan cuma tadi tengah berjalan2 kat internet tiba2 terjumpa pulak gambar2 action figure stormtrooper yang super lawak ni. haha. Tergelak sorang2 jugak la bila tengok gambar2 ni. Hilang rasa tension final exam ni. haha. Kalau korang pon rasa nak release tension, tengoklah gambar2 ni.




Saturday, November 5, 2011

Selamat Hari Raya Aidiladha 2011

Dihari yang penuh dengan keberkatan dan kemuliaan ini, Aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua reader2 dan sesiapa sahaja yang mengenali diriku ini. Juga ampun dan maaf sekiranya ada perkara atau lontaran2 perkataan dan tulisan yang menyebab kan korang tersinggung atau terasa hati.

Jangan lupa jugak untuk perbanyakkan amalan dalam bulan zulhijjah ni. Ingat raya haji ni lagi besar fadhilatnya dari raya puasa. Rugi la kalau tak perbanyakkan amalan. Kalau ada duit nak buat korban tu boleh la buat. Lepas tu sedekah la sikit daging lembu tu kat sini. hihih. Boleh masak sup gearbox ke, sup tulang ke. kan best.

p/s: Raya haji kali ni tak sempat nak buat poster cun2, poster kat atas ni je sempat buat. hihi.

Thursday, October 27, 2011

Photography: Jenis-jenis Lens DSLR

Salam semua reader, lama rasanya tak mencurahkan idea kat blog ni. Setiap kali nak update je mesti ada halangan yang datang. Haishh. Tapi hari ni, berjaya jugak aku update. Hari ni aku akan berkongsi serba sedikit ilmu berkaitan photography. Kalau dulu kita dah belajar mengenai Aperture, ISO dan juga Shutter Speed. Hari ni kita nak belajar mengenai lensa2 yang boleh diguna pakai pada DSLR.

Rasanya kita semua tahukan yang lens ni merupakan salah 1 aksesori utama dan terpenting untuk pengguna DSLR. Takde lens memang tak boleh nak tangkap gambar la kan. Kalau kita tengok kat pasaran sekarang. Ada bermacam2 jenis lensa ditawarkan dan setiap lensa mempunyai specialty nya masing2. Kalau dari segi harga pula, kita boleh jumpa dipasaran lensa yang harganya serendah RM300 sehinggalah ada yang mencecah Ratusan ribu ringgit. Gila mahalkan. Dah boleh beli kereta sebijik. Tapi hari ni kita taknak bincangkan pasal harga, tapi kita nak tengok apa kegunaan setiap jenis lensa ni...

Thursday, October 6, 2011

Steve Jobs 1955-2011 [Infographic]

Hari ini dunia telah kehilangan seorang insan yang telah banyak memberikan impak pada dunia teknologi. Seorang insan yang berfikiran besar dan dikatakan sebagai "The Modern Einstein" kerana mempunyai tahap kreativiti yang sangat tinggi, daya kepimpinan yang amat2 luar biasa dan memberi banyak inspirasi kepada ramai orang kat luar sana. 

Kalau lah Apple tak pernah wujud, mungkin dunia teknologi pada hari ini tak sama macam sekarang. Takde lah wujudnya smartphone2 hebat macam Samsung Galaxy S2, HTC Sensation, Motorola Droid Bionic dan mungkin takkan munculnya tablet2 canggih seperti Samsung Galaxy Tab 10.1, Asus Eee Pad Transfomer, Blackberry Playbook dan macam2 lagi. Thanks to Apple product yang diilhamkan oleh Steve Jobs, sebab menjadikan company2 yang lain lebih berdaya saing dengan lebih hebat antara 1 sama lain. 

The History Of Apple & Steve Jobs (Infographic)

P/s: Korang yang pakai produk Apple mesti terasa kehilangan Steve Jobs ni kan. Walaupun Steve Jobs dah takde, tak bermakna Apple akan jatuh. Sebab tu la Apple mewujudkan Apple University untuk melatih orang2 baru supaya mampu memberikan idea2 hebat dan berfikiran seperti Steve Jobs. 

Bila Haiwan Tersenyum Riang


Kadang2 bila kita rasa sedih mesti kita cari sesuatu untuk menghiburkan hati kita atau melupakan sesuatu benda tu. Betul tak. Contohnya, tengok movie ke, pergi karaoke ke, baca buku ke. Macam2 lagi kan. Tapi kita selalu terlupa sebenarnya benda2 disekeliling kita sendiri boleh menghiburkan hati kita. Contohnya haiwan. Sifat haiwan hampir serupa dengan manusia. Cuma haiwan tak dikurniakan akal untuk berfikiran sehebat kita. Percaya tak percaya haiwan pon boleh buat kita tersenyum dan kadang2 tu boleh gelak guling2 la.

Tak percaya tengok la gambar kat bawah ni ....

Thursday, September 15, 2011

Apa itu iPhoneography ?

Apa bendanya iPhoneography ni? Makanan ke, ubat ke? Haha. Rasanya dengan dengar nama ni je mesti dah ada yang boleh agak kan. Sebenarnya "iPhoneography" ni adalah 1 term baru yang digunakan dalam seni photography. Buat pengetahuan korang, Iphoneography adalah salah 1 seni menangkap gambar menggunakan telefon pintar "Apple iPhone".

Kalau nak diikutkan benda ni menjadi 1 trend yang sangat hebat kat belah Europe dan US. Tapi kat Malaysia ni masih kurang lagi yang berjinak2 dengan iPhonegraphy ni. Mungkin disebabkan kos nak beli phone tu sendiri agak tinggi, sebab tu tak ramai yang cuba tu.

Best sangat ke tangkap gambar guna iPhone ni ?

Wednesday, September 7, 2011

Infographic: Cara Mengorat Awek Menggunakan iPhone

Hahaha, this is so funny. Aku rasa nak try la buat cara macam ni. Siapa ada iPhone boleh la try jugak. Apa yang korang perlukan ialah 1 app yang dipanggil Fake a Call. Tu je. Android user pon rasanya boleh cuba kalau ada app yang lebih kurang macam ni... hihihi




Tuesday, August 30, 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2011

Salam Syawal buat semua rakan2. Di bulan yang mulia ini, aku ingin mengambil sedikit kesempatan untuk menyusun 10 jari memohon ampun dan maaf sekiranya ada menyebabkan antara korang rakan2 blogger mahupun sesiapa je la yang mengenali diri hamba ini terguris perasaan dan menyebabkan korang menyampah dengan aku ni. Takde niat pon dalam hati aku ni nak sakit kan hati mana2 pihak.

Sekiranya ada mana2 penulisan aku dalam blog ni menyebabkan korang tidak senang. Harap dapatlah dimaafkan, sebab segala penulisan dalam blog ni adalah tulus dari lubuk sanubari hati ku ini cewahh. Kalau ada mana2 komen korang yang aku terlupa nak balas tu insyaAllah aku cuba balas secepat mungkin ye. Hihi Oklah, seperti biasa tiap2 tahun aku akan sajikan korang dengan e-card raya. So kat atas tu la kad raya dari aku. Nak hantar kat rumah korang, tak tahu alamat pulak. Hihi. Tahun ni aku nak bagi pantun sikit.

Lapar puasa terketar-ketar,
Bila berbuka lega rasanya,
Kad raya tak sempat nak hantar,
E-card raya pun dah kira grand la ya!!!


SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

p/s: Siapa ada mercun tu hulur2 la sikit, tahun ni tak sempat nak beli lah.. hihi

Thursday, August 18, 2011

Photoshop: Cara Membuat Gambar Transparent Background

Salam ramadhan semua. Lama rasanya kita tak bersua dalam dunia maya ni kan. hahah. Pejam celik pejam celik, dah masuk 19 ramadhan pon. Lagi beberapa hari je kita nak beraya. Tapi, korang dah gunakan bulan ramadhan ni sebaik mungkin ke? Yela, bulan ni kan bulan keampunan. Rugi lah sesiapa yang tak manfaatkan ramadhan ni sebaik mungkin la.

Ok back to the topic. Hari ni aku just nak bagi simple photoshop tips kan korang2 yang baru berjinak2 nak gunakan photoshop ni. Dulu aku ingat lagi waktu aku buat entry pasal "tips mendesign header", aku ada cakap buat header transparent lagi nampak cantik bila taruk dalam blog sebab boleh matching dengan background. Tapi masalahnya, ada lagi yang tak tahu macam mana nak buat background transparent ni. Haaa, sebab itu lah hari ni aku akan explain kan secara ringkas macam mana nak buat transparent background ni.

jom kita mulakan...

Wednesday, July 20, 2011

Tips Belajar Photoshop Bagi First Timer

Ramai kawan2 lama yang aku jumpa kat luar akan tanya pasal blog aku. Soalan paling fames sekali diorang suka tanya ialah " Wei, blog kau power gila la, bapak la hebat ko design. Ajar la aku wei Photoshop. Aku nak belajar jugak" ( Bahasa rempit ). haha. Soalan ni memang selalu la aku dapat. So, hari ni aku nak rungkaikan permasalahan yang dihadapi oleh first timer yang nak belajar photoshop ni.

Apa yang korang boleh buat. Kalau kita tengok sekarang ni, photoshop ni ada la satu software yang sangat2 bagus untuk korang masterkan. Sebab apa? Sebab korang boleh guna photoshop ni nak buat presentation, poster, layout kerja dan paling syok sekali boleh buat side income wooo. Korang tau tak, sampai la sekarang aku dah pernah collect beribu ringgit untuk design2 yang aku buat untuk client. Bukan nak menunjuk tapi nak tunjukkan bertapa beruntungnya kalau kita ada pengetahuan dalam penggunaan software Photoshop ni.

Antara method2 yang boleh korang gunakan untuk mula belajar ialah...


Wednesday, July 13, 2011

12 Jam Tangan Yang Canggih dan Unik

Salam semua. ye2 aku tau mesti ada antara korang tertanya2 kenapa lama blog ni tak berupdate kan. (elehh silap2 takde orang tanya pon). Sebenarnya sekarang ni aku sibuk bekerja. Haha, biasa lah nak menyara hidupkan. Maklumlah, duduk KL ni duit flow macam air. Kejap je habis. Sebab tu la blog ni tak sempat nak diupdate.

Ok lah, tu mukadimah aku. Haa, hari ni aku nak bercerita pasal jam. Sebab semenjak jam tangan aku habis bateri ni, aku asyik rasa nak beli jam baru je. Yela, jam tangan aku pun dah lama aku pakai. Jadi nak try tukar yang canggih2 sikit kan. Jadi, bersemperna aku nak cari jam baru ni, aku postkan entry "12 Jam Tangan yang Canggih dan Unik".

Apa lagi, jom la kita tengok jam tangan yang hebat2 ni.....

Friday, July 1, 2011

50 Fakta-Fakta Yang Menarik (Doodle)

Yo2 whats up. Fuhhh, macam rapper pulak. Hari ini aku nak sajikan korang dengan fakta2 yang boleh dikatakan agak menarik untuk yang mana semua fakta2 ni diterjemahkan dalam bentuk illustrasi atau doodle. Cool kan.

Boleh dikatakan banyak jugak la fakta2 yang aku baru tahu. Contohnya macam ni. Korang tahu tak kalau korang berada di India korang boleh berkahwin dengan Anjing. What the @#$%^. hahah. Tak masuk akal betul kan. Tapi ini semua fakta. Bukan tipu2 punya ye. Banyak lagi fakta2 yang best korang boleh baca nanti.

Tapi sebelum korang baca tu korang perlu kuatkan mental sebab ada 50 gambar yang korang akan baca. Silap2 boleh juling mata nak tengok semua gambar ni. Tapi apa2 pon semua fakta ni memang sangat menarik. Tak percaya tengok lah sendiri




ada lagi ni

Monday, June 27, 2011

Artwork: Book Cover Design #2

(klik untuk tumbesaran yang sihat)

Design type: Book Cover
Title: Refleksi Diri ( Bekalan Perjalanan Menuju Illahi )
Medium: Adobe Photoshop CS3
Duration: Tak ingat lah

Ni merupakan design cover buku ke-4 aku. Wahh, tak sangka ye. Dah banyak jugak cover yang aku designkan. Rasanya kalau nak dikenang2kan waktu dulu. Nak guna photoshop pon tak pandai. Tapi sekarang dah boleh design benda2 yang dulu dianggap mustahil. Hihi. Tapi ni semua perlukan practice. Bukan terus expert kan.

Design kali ni nak kata senang tak jugak sebab aku pon mula2 blur macam mana nak buat design pasal Refleksi Diri ni. Tension jugak la sebab masa yang diberikan tu singkat. 3 hari je. Last2 aku ambil je satu gambar pemandangan yang agak2 sesuai dan jadikan background. Kanta tu pulak kira simbolik la untuk self reflection kan. hihi. Tapi design ni belum lagi di finalize sebab aku pun tak dapat keputusan lagi dari client pasal design ni. Harap2 diorang puas hati lah. Kalau tak kena la buat balik (~_~").

Pada pendapat korang macam mana? ok tak? ke ada apa2 yang aku patut tambah? kalau ada cadangan boleh la bagi ye. Mana tau dapat naikkan lagi seri design ni. ok lah see yaa.

Klik sini untuk tengok design buku lain ( sini, sini , sini )

Wednesday, June 22, 2011

Photoshop: Out Of Bounds Effect

Salam semua, lama tak jumpakan. haha. Maklumlah, dah seminggu blog ni tak berupdate. Kebelakangan ni aku memang agak sibuk dengan kerja2 luar ni. Selalunya pukul 12 atau 1 pagi baru aku nalik rumah. Jadi masa nak update blog tu terbatas la.

Tapi takpe, hari ni aku akan sajikan korang dengan tutorial baru. Haaa, suka tak? Aku tau ramai dah tertunggu2 tu kan. haha. Hari ni apa yang aku nak ajar korang adalah "Tutorial Out Of Bounds". Out of bound ni ibarat gambar korang keluar daripada kertas gambar tu. Erkk betul ke bahasa aku ni. Ahh takpelah, tapi korang dapat lah kan apa idea aku nak cakap ni. Dia ibarat menjadikan gambar korang tu seolah2 3 Dimension.

Tutorial ni agak panjang jugak sebab aku terpaksa elaborate satu2, takut nanti ada pulak beginner yang tak faham kan. Yang dah expert tu confirm takde masalah la. Ok, tanpa melengahkan masa lagi. Jom kita mulakan.

Tuesday, June 14, 2011

Infographic: The Evolution of Blogger

Hari ni aku nak kongsikan 1 Infographic yang best dekat korang. Kalau kita lihat, dunia blogging dah bermula dari tahun 1990 iaitu dengan "Online Diary". Tapi lama kelamaan, dunia blogging berubah bila mana pada tahun 1994, Justin Hall membuat blog yang pertama yang dipanggil Justin's Link From The Underground. Lepas tu baru la "Web + Log" diwujudkan oleh John Barger. Kiranya, kat sinilah bermulanya era Blogging yang sebenar dan dari saat itulah macam2 jenis blogger wujud. Korang tengoklah sendiri Inforgraphic kat bawah ni.

The Evolution of The Blogger
(klik gambar untuk lebih jelas)

Bila aku tengok infographic ni, aku ni jatuh pada Art and Design blogger. So, pada pendapat korang bila dah tengok Infographic ni, korang ni blogger jenis apa yek? Jenis Emo Blogger ke? hihi

Wednesday, June 8, 2011

Photography: Story of Kebaya

Lama rasanya aku tak upload gambar yang aku tangkap. Dalam hard disk ni pon dah berpuluh2 GB (gigabyte) gambar yang tak edit lagi. Fuhh punya la banyakkan. Hari ni pon aku sempat edit 4 gambar je. Tu pon dah makan masa 3 jam. Tapi 3 jam tu sebab aku buat sambil tengok cerita. hahah. So memang tak fokus la. haha.

Gambar yang aku tunjuk hari ni sebenarnya aku tangkap sebelum aku final exam hari tu. Punya la lamakan. Kalau korang nak tau model dalam gambar ni blogger jugak . Tak percaya. Ni blog dia. Haaa. Ni 1st time aku shoot blogger. hihi. Ok2, ni nak cerita pasal style editing aku pulak. Untuk gambar 1st, aku edit style yang aku selalu gunakan iaitu cross process effect. Lepas tu aku touchup2 sikit kasi makeup cun2 dan hasilnya macam korang boleh tengok.

Gambar2 lain...

Page copy protected against web site content infringement by Copyscape
Blog Widget by LinkWithin